BEKAS pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Amir Sharifuddin Wong, menganggap persepsi buruk terhadap sentuhan pengadil Liga Malaysia (Liga-M) sebagai asam garam dalam dunia bola sepak, namun menegaskan tanggapan itu sememangnya tidak adil buat sosok penting di atas padang itu.
Pertemuan perlawanan akhir Piala FA di antara Kedah dan Perak musim lalu menyaksikan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), memilih tiga pegawai perlawanan dari Jepun yang diketuai Takuto Okabe dan prestasi mereka dalam mengawal permainan mengundang pujian ramai.
"Kami tidak pernah mengharapkan orang mengucapkan perlawanan dikendalikan dengan baik tetapi apabila ia berlaku ketika pemain bersalaman dengan kami selepas perlawanan berakhir, ia satu kepuasan yang tidak terhingga.
"Kami sebagai pekerja, melakukannya kerana Allah tanpa mahukan (sebarang) pujian tetapi adalah menjadi tanggungjawab majikan, iaitu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk menghargai orang bawahan.
"Apabila orang bawahan telah melakukan tugasan dengan baik, FAM perlu menghargainya dengan berikan sesuatu yang sepatutnya sebagai motivasi untuk mereka menjadi lebih baik daripada itu," katanya kepada ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Tambahnya lagi, pengadil bukanlah kebal tetapi kesilapan boleh dielakkan sekiranya mereka meluangkan masa untuk membuat kerja rumah memandangkan kesalahan era ini mudah menjadi tular di media sosial walaupun lebih banyak perkara baik di sebalik kepincangan.
"Setakat ini, apabila (menunjukkan prestasi) baik, tiada apa (pujian) tetapi apabila tidak bagus, pengadil dicemuh.
"Ia agak tidak adil sedangkan pasukan-pasukan juga sepatutnya sedar jika permainan mereka sendiri tidak baik, mereka perlu bertanggungjawab.
"Pengadil tidak sunyi daripada melakukan kesilapan tetapi boleh cuba mengurangkannya.
"Jadi mereka boleh buat persediaan awal dalam aspek mental dan fizikal, buat kajian terhadap setiap pasukan dan sikap pemain agar (pengetahuan) pengadil lebih lengkap ketika berada di atas padang."
Astro Arena
Mon Aug 24 2020

AMIR: Setakat ini, apabila (menunjukkan prestasi) baik, tiada apa (pujian) tetapi apabila tidak bagus, pengadil dicemuh. - Foto Astro ARENA

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pengadil Liga-M tidak pernah minta dipuji tapi mereka wajar dihargai - Amir Sharifuddin
Kesilapan boleh dielakkan sekiranya mereka meluangkan masa untuk membuat kerja rumah memandangkan kesalahan era ini mudah menjadi tular di media sosial.