IPOH: Pengalaman jelas menjadi pemisah antara pasukan Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Perak, malam tadi.
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah berkata faktor itu digunakan sepenuhnya oleh skuad Harimau Selatan untuk menghukum kegugupan pemainnya yang dibarisi kebanyakan pemain muda.
"Para pemain terlalu menghormati lawan, itu menyebabkan pemain saya agak gugup dan gol pertama yang mereka jaringkan seawal minit ketujuh perlawanan sedikit sebanyak merencatkan moral pemain.
"Kita kalah dengan jaringan yang agak besar namun saya puji pemain saya kerana berjuang-juang habis-habisan sepanjang perlawanan," katanya pada sidang media sejurus selesai perlawanan malam tadi.
Dalam aksi tersebut, empat gol yang dihasilkan JDT diperoleh melalui jaringan Oscar Arribas pada minit ketujuh, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-12, Shahrul Saad (minit ke-71) serta Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-80.
Gol sagu hati The Bos Gaurus pula dijaringkan pemain import dari Argentina Luciano Guaycochea pada minit ke-72.
Yusri berkata walaupun tewas dengan jumlah jaringan yang besar namun beliau enggan mengaku kalah dan berjanji akan terus memberi saingan dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 2 Nov ini.
"Kita akui perlawanan di sana (JDT) memang sukar tetapi apa jua boleh berlaku dan kita perlu teruskan perjuangan ini sehingga ke garisan penamat," katanya.
Sementara itu, pengendali JDT Esteban Solari berkata meskipun pasukannya melakar kemenangan selesa namun ia bukan satu tugas mudah kerana pemain Perak beraksi dengan bermati-matian.
"Mereka (Perak) berikan tentangan yang sengit dan ada beberapa ketika meletakkan kami dalam situasi sukar. Bagaimanapun, secara keseluruhan pemain saya beraksi dengan baik lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama.
"Saya juga rasa ada satu atau dua peluang yang boleh menghasilkan gol namun kita tidak bernasib baik. Secara keseluruhan saya gembira dengan keputusan ini," katanya.
Beliau berkata pasukannya tidak akan mengambil mudah aksi timbal balik yang akan diadakan di SSI, selain optimis untuk melakar kemenangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023

Ketua Jurulatih Perak Fc Yusri Che Lah memerhatikan anak buahnya ketika bertemu JDT dalam saingan Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak. - Foto BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.

JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.

Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.