Pengamal Am (GP) merupakan kumpulan perubatan terakhir yang menerima bekalan vaksin daripada pembekal utama walaupun menjadi golongan yang dekat dengan masyarakat.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N. Ganabaskaran berkata GP perlu diberi keutamaan oleh pembekal untuk mendapatkan bekalan vaksin tetapi pada hakikatnya ia tidak berlaku.
"(Ketika ini) berlaku kekurangan vaksin selesema daripada pembekal utama dan ramai GP yang telah menghubungi MMA tentang masalah ini.
"Perkara ini juga menjadi perbincangan di media sosial dengan GP menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai masalah bekalan dan mendakwa kepentingan diberikan kepada hospital swasta sementara klinik GP diketepikan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata setiap kali berlaku kekurangan bekalan vaksin, GP merupakan kumpulan terakhir yang akan menerima bekalan jika terdapat stok.
"Kebiasaannya, keutamaan untuk vaksin diberikan kepada hospital awam, diikuti hospital swasta, manakala selebihnya kepada 7,000 GP yang mempunyai akses yang mudah dan cepat untuk rakyat.
"MMA berharap pembekal akan memainkan peranan proaktif apabila terdapat peningkatan dalam penyakit tertentu yang dapat dicegah oleh penjagaan kesihatan primer.
"Keperluan pesakit perlu didahulukan. Kemudahan akses kepada penjagaan kesihatan akan meningkatkan kecekapan dan standard penyampaian penjagaan kesihatan di negara ini," katanya.
Beliau berkata hospital swasta perlu terus memberi tumpuan kepada penjagaan menengah dan tertiar seperti dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020

Ganabaskaran berkata hospital swasta perlu terus memberi tumpuan kepada penjagaan menengah dan tertiar seperti dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta. - Foto Facebook

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penglibatan GP dipertimbang di masa hadapan, jamin kesinambungan PICK - CITF
Keperluan untuk mengurangkan jumlah PPV di Lembah Klang wujud selepas Operasi Lonjakan Kapasiti selesai dilaksanakan.

COVID-19: 509 GP diberi kuasa serah gelang HSO kepada pesakit positif
HSO itu akan dikeluarkan kepada pesakit positif yang akan dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang diuruskan pusat perubatan swasta atau di rumah masing-masing.

Vaksin COVID-19: Pengamal perubatan am swasta sudah boleh mendaftar
Kementerian Kesihatan (KKM) melantik syarikat yang telah diperbadankan itu sebagai pelaksana penglibatan GP dalam inisiatif tersebut.

Morbidelli catat kemenangan ketiga di GP Valencia
Pelumba Itali berusia 25 tahun itu menguasai perlumbaan sejak dari awal lagi sebelum berentap dengan pelumba Australia Jack Miller daripada pasukan Pramag Racing di pusingan terakhir.

F1 mahu dua perlumbaan di GP China berlangsung musim ini
Ketua Formula One, Chase Carey mahu dua perlumbaan diadakan di Shanghai pada musim ini selepas Grand Prix China terpaksa ditunda disebabkan penularan COVID-19.

Axle Motorsport akan sertai '24 Hours of Le Mans Virtual'
Axle Motorsport berkata pasukan mereka akan dibarisi rakyat Malaysia merangkumi pemandu yang pernah memenangi pertandingan dalam talian eRacing GP.

Pengamal perubatan am kumpulan terakhir terima bekalan vaksin
GP perlu diberi keutamaan oleh pembekal untuk mendapatkan bekalan vaksin tetapi pada hakikatnya ia tidak berlaku.

MotoGP: Fabio, John naik podium
Fabio kini berkedudukan ketujuh keseluruhan dengan 92 mata, manakala Franco di tempat ke-12 dengan 58 mata.

Rossi malukan Marquez di sidang media
Marquez menghulurkan tangannya namun ia tidak disambut Rossi yang hanya berpeluk tubuh.

Hafizh Syahrin pelumba Asia Tenggara pertama beraksi dalam MotoGP?
Jika perkara ini benar, maka Hafizh bukan sahaja mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama membuat penampilan dalam MotoGP, tetapi juga warga rantau Asia Tenggara yang pertama.