KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan yang baharu didaftarkan penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) adalah dibenarkan untuk memperbaharui Sijil Perakuan Amalan Tahunan dengan mata pembangunan profesional berterusan (CPD) minimum, kosong mata.
Presiden MPM Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat majlis itu pada 27 Julai adalah terpakai kepada Pegawai Perubatan Siswazah yang memiliki Sijil Pendaftaran Sementara dengan MPM dan menamatkan latihan siswazah.
"Pemberian kosong mata CPD minimum ini akan diberikan bagi dua tahun pertama permohonan Sijil Perakuan Amalan Tahunan mereka setelah didaftarkan penuh.
"Keputusan ini dibuat memandangkan pengumpulan mata CPD bukan suatu perkara yang diwajibkan dalam tempoh latihan siswazah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MPM prihatin terhadap rintihan golongan itu yang belum terdedah dengan kriteria bagi permohonan Sijil Perakuan Amalan Tahunan dan tempoh kitaran mata CPD, selain ada antaranya yang tidak dapat memenuhi kriteria itu kerana didaftarkan penuh setelah tamat tempoh kitaran tahun CPD.
Dr Noor Hisham yang juga Ketua Pengarah Kesihatan menyeru agar pengamal perubatan yang baharu didaftarkan sentiasa memastikan penjagaan pesakit berada di tahap yang terbaik dengan menghadiri aktiviti CPD berterusan bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan etika profesional sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.
Satu daripada kriteria permohonan bagi Sijil Perakuan Amalan Tahunan adalah keperluan mata CPD minimum sebanyak 20 mata dan perlu dikumpul dalam tempoh kitaran tahun CPD yang ditetapkan iaitu bermula 1 Julai sehingga 30 Jun tahun hadapan, selaras dengan Peraturan 28(2)(b) Peraturan-Peraturan Perubatan 2017.
"Sebagai contoh, permohonan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi tahun 2022, mata CPD perlu dikumpul dalam tempoh bermula daripada 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021

Dr Noor Hisham berkata, pemberian kosong mata CPD minimum ini akan diberikan bagi dua tahun pertama permohonan Sijil Perakuan Amalan Tahunan mereka setelah didaftarkan penuh. - Gambar fail/BERNAMA

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Pengamal perubatan baharu dibenarkan perbaharui Sijil Perakuan Amalan Tahunan
Pengamal perubatan yang baharu didaftarkan penuh dengan MPM adalah dibenarkan untuk memperbaharui Sijil Perakuan Amalan Tahunan dengan CPD minimum, kosong mata.

Doktor wajib miliki insurans indemniti bermula 2019
Bermula 1 Januari 2019, semua pengamal perubatan diwajibkan memiliki insurans indemniti profesional.