Pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia kini berada di tahap yang membimbangkan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata kajian pengambilan garam populasi Malaysia (My CoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam sehari adalah sebanyak 7.9 gram atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh garam.
"Kajian juga menunjukkan empat daripada lima penduduk Malaysia mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi.
"Ini menujukkan bahawa populasi Malaysia masih mengambil garam berlebihan, melebihi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kurang daripada 5 gram (satu paras sudu teh) dalam sehari," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Kesedaran Pengurangan Garam Peringkat Kebangsaan 2019 di sebuat pusat beli-belah di sini pada Sabtu.
Sambutan yang bertema "Jom Bertindak#Sedap Tak Semestinya Masin" bermula 13 hingga 20 April ini.
Dr Lee berkata pengambilan garam yang berlebihan meningkatkan risiko mendapat penyakit hipertensi dan seterusnya jika tidak terkawal boleh menyebabkan stok serta penyakit jantung.
Beliau berkata pengurangan garam merupakan satu daripada intervensi utama yang sangat kos efektif dalam pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit (NCD).
Katanya, WHO telah menetapkan sasaran pengurangan garam dalam populasi adalah sebanyak 30 peratus daripada pengambilan garam menjelang 2025.
Dr Lee berkata kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa pengurangan pengambilan satu gram garam sehari boleh menyelamat 7,000 nyawa dan menjimatkan kos penjagaan kesihatan sebanyak satu bilion setahun.
Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa kebanyakan garam yang diambil adalah tersembunyi di dalam makanan dan menasihatkan orang ramai menggunakan perencah asli dalam masakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019

Pengurangan pengambilan satu gram garam sehari boleh menyelamat 7,000 nyawa dan menjimatkan kos penjagaan kesihatan sebanyak satu bilion setahun.
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

Presiden Indonesia Prabowo arah henti import beras, garam, gula dan jagung pada 2025
Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan menterinya untuk menghentikan import beras, garam, gula dan jagung pada 2025.

Kaya galian atau tidak, semua garam 'hampir sama' - Pakar
Apakah garam Himalaya, garam laut Celtic, dan garam mata air, pilihan yang lebih sihat berbanding garam 'meja'atau garam kilang/ garam halus yang biasa digunakan?

Dr Noor Hisham nasihat pihak industri letak label kandungan garam pada produk makanan, minuman
Tinjauan pada tahun 2017 mendapati hanya separuh daripada produk makanan menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan.

Bahaya tambah garam dan gula kepada makanan bayi, boleh memudaratkan kesihatan
Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba, tetapi ingat ya! Jangan tambahkan garam atau gula dalam makanan bayi.

COVID-19: Pihak swasta digalak sedia mesin pengimbas suhu badan
Perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Pengambilan garam kalangan rakyat Malaysia tinggi - Dr Lee
Beliau berkata kajian pengambilan garam populasi Malaysia (My CoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam sehari adalah sebanyak 7.9 gram atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh garam.

Ibu dipenjara 30 tahun racun anak dengan garam demi pikat kembali hati suami
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas dipercayai membunuh bayi lelakinya berusia 17 bulan.

Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari
Setiap rakyat Malaysia direkodkan telah terlebih mengambil garam setiap hari, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Pengguna ambil 33 peratus lebih garam daripada sepatutnya - kajian
Kajian dibuat di bandar Lithgow, Australia dengan 400 peserta kaji selidik diperiksa selepas mengambil makanan dalam jangka masa 24 jam.

Bahaya garam hanya mitos?
Kajian di seluruh dunia mendapati purata pengambilan garam ialah 3.95 gram, hampir dua kali ganda kadar yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).