Dasar pengambilan guru tidak boleh dibuka kepada semua siswazah pendidikan termasuk daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memandangkan terdapat kuota pengambilan jawatan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata pada masa ini graduan pendidikan lepasan Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) juga agak melebihi kekosongan yang ada.
"Oleh sebab itu susah kita hendak buka ruang kepada pelajar IPTS yang dilatih (dalam bidang pendidikan) untuk diambil menjadi guru di sekolah menengah dan rendah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai dasar pengambilan guru agar dibuka kepada semua calon siswazah pendidikan pada sesi perbahasan sebelum ini.
Bagaimanapun beliau berkata pengambilan guru dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hanya melaksanakan urusan pelantikan.
"Pengambilan guru tertakluk kepada kekosongan yang dimaklumkan oleh KPM," kata Joseph.
Sementara itu menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang membangkitkan kelewatan penyampaian perkhidmatan kerajaan, Joseph berkata kerajaan sentiasa berusaha meminimumkan kerenah birokrasi yang boleh menjejaskan reputasi dan imej agensi kerajaan.
"Selaras dengan usaha kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam, usaha mengurangkan kerenah birokrasi fokus kepada aspek pemerkasaan, proses dan prosedur kerja di semua peringkat agensi kerajaan.
"Business Process Reengineering' (BPR) merupakan peningkatan strategik untuk meningkatkan perekayasaan proses dan prosedur kerja melalui penghapusan langkah-langkah yang tidak cekap, syarat paling ketat dan tidak menyokong objektif kerajaan, undang-undang lapuk serta borang yang banyak.
"Semua ini dinilai semula untuk memberi kesenangan kepada rakyat untuk berurusan dengan agensi kerajaan," katanya.
Bernama
Wed Nov 18 2015
JOSEPH: Pengambilan guru tertakluk kepada kekosongan yang dimaklumkan oleh KPM.
JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
[TERKINI] Seorang maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Irfan Faruqi memperincikan mengenai nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong menerusi skrin sesentuh.
[TERKINI] Kemalangan pesawat helikopter di Bentong
MHS Aviation mengesahkan bahawa insiden berlaku kira-kira 10:30 pagi hari ini di tapak pendaratan helikopter ii, Bentong, melibatkan sebuah pesawat yang dipajak.
Beego terkejut isteri fail cerai, dakwa tidak terima notis peguam
Menurut Beego dia tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri.
Perkembangan nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong setakat jam 1 petang
Bersama Amirul Aiman wartawan Astro AWANI membincangkan tentang nahas helicopter di Jalan Lama KL-Bentong.
Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.
Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik
Penerima SARA akan menerima bantuan tanpa tunai secara automatik dan dikreditkan ke dalam MyKad, baki yang tidak dibelanjakan akan di bawa ke bulan hadapan dan akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Semakan kelayakan kendiri boleh dibuat di portal STR dan SARA. Hebahan juga melalui surat makluman, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp kepada penerima yang layak.
Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata ia menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan mencarum insurans masih rendah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.