Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan semua pekerja asing dari negara sumber berkuat kuasa serta merta.
Katanya, penangguhan itu turut melibatkan pengambilan pekerja dari Bangladesh.
"Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melakukan penanggguhan pengambilan semua pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan majlis mesra Timbalan Perdana Menteri bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, di sini, hari ini.
Tambahnya, penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tengaga kerja asing sebagaimana yang diperlukan industri.
Ia juga bagi membolehkan kerajaan mengkaji pelbagai perkara terutama melibatkan pembayaran levi dua tahap.
BACA: 1.5 juta pekerja Bangladesh bukan untuk Malaysia sahaja - Richard Riot
BACA: Kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia atas permintaan industri - Zahid
BACA: Malaysia-Bangladesh meterai MoU bawa masuk 1.5 juta pekerja
"Penangguhan ini dibuat bagi pihak membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan terhadap pembayaran levi dua tahap atau two tear levi program.
"Selain itu, ia bagi membolehkan tumpuan kepada program pengajian semula serta melakukan penguatkuasaan untuk menentukan tidak ada pekerja-pekerja asing yang baharu dibawa ke Malaysia dan mana-mana pekerja yang tidak ada dokumen atau melebihi tempoh tinggal di Malaysia, mereka akan ditangkap,ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka," jelasnya.
Ahmad Zahid berkata, majikan juga disaran agar lebih mengutamakan pekerja tempatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam syarikat mereka.
Sementara itu, Ahmad Zahid juga menyeru golongan belia supaya mengisi kekosongan pelbagai kekosongan kerja sedia ada.
Menurutnya, belia perlu menyahut seruan kerajaan untuk mengambil-alih tempat semua pekerja asing dan menjadi tenaga kerja utama di negara ini untuk pembangunan ekonomi negara.
Astro Awani
Fri Feb 19 2016

Ahmad Zahid juga menyeru semua majikan harus mengambil semua pekerja tempatan sebagai pekerja mereka. - Gambar fail

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengambilan pekerja asing ditangguhkan berkuatkuasa serta-merta - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja pekerja asing berkuatkuasa serta merta.