Keputusan kaukus Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) memberi kuasa penuh kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menamakan penggantinya adalah tidak relevan, kata seorang pemerhati politik.
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata ini kerana Taib yang juga Presiden PBB sewajarnya memilih pemimpin paling kanan dalam parti sebagai pengganti.
"Berdasarkan kekananan dalam parti, Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (gambar) paling layak untuk memimpin negeri," kata Jeniri dalam temu bual dengan Bernama, di sini.
Jeniri berkata jika Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan atau bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Effendi Norwawi dipilih, keputusan itu akan melukakan hati pemimpin kanan parti dan boleh mencetuskan rasa tidak puas hati serta mungkin perpecahan dalam PBB.
Berdasarkan keadaan itu juga adalah bijak bagi Taib menamakan Abang Johari sebagai penggantinya bagi mengelakkan perpecahan dalam parti dan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri, katanya.
Jeniri berkata selain mempunyai rekod cemerlang sebagai menteri di Sarawak dan timbalan presiden PBB, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan negeri, merupakan pilihan rakyat kerana beliau dianggap kawan semua kaum.
Beliau juga membuktikan popularitinya apabila menewaskan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dan Ketua Penerangan PBB Datuk Seri Adenan Satem bagi jawatan timbalan presiden dalam satu pemilihan parti.
Mengenai Adenan sebagai ketua menteri yang baharu, Jeniri berkata pemimpin itu merupakan sekutu yang dipercayai oleh Abdul Taib.
"Adenan pemimpin yang bijak tetapi negeri dan parti memerlukan pemimpin yang sihat. Saya bukan menentang Adenan sebagai ketua menteri, tetapi kesihatannya tidak mengizinkan beliau memegang jawatan itu," katanya.
Jeniri juga percaya Taib akan bersara pada hujung bulan ini memandangkan ramai berpandangan beliau sudah terlalu lama memegang jawatan itu.
Jeniri juga tidak menyokong idea Taib melantik sama ada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu atau Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai pemangku ketua menteri.
"Langkah itu agak janggal. Beliau sepatutnya memberi ruang secukupnya kepada ketua menteri yang baharu bersedia menghadapi pilihan raya negeri pada 2016," katanya.
Taib, 78, mengumumkan hasrat untuk berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB namun semasa mesyuarat parti komponen BN negeri hari ini beliau tidak menyatakan tarikh untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Awang Tengah, seorang daripada tiga nama yang disebut oleh Taib, masih dianggap oleh rakyat sebagai 'junior' untuk memegang jawatan tersebut manakala Jabu pula dikatakan sudah terkeluar daripada senarai.
Seorang bekas anggota MT PBB berkata perkara itu mungkin disebabkan Jabu daripada sayap Pesaka, namun ada kemungkinan Taib menamakan beliau selaku 'individu berkecuali' untuk memangku jawatan ketua menteri ketika Taib bercuti selama tiga bulan.
Sebagai pemangku ketua menteri, Jabu akan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Taib dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri yang baharu apabila penggal perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng tamat pada 28 Feb ini, katanya.
"Susulan itu pilihan raya kecil untuk kerusi Balingian perlu diadakan kerana Taib mesti melepaskan kerusi dewan undangan negeri tersebut jika mahu dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.
"Effendi pula perlu bertanding di kerusi itu kerana ketika ini beliau bukan anggota dewan undangan negeri (Adun) jika Taib mahu beliau jadi ketua menteri yang baharu," kata bekas anggota MT PBB itu lagi.
Effendi yang bersara daripada politik pada 2008 merupakan Adun di Sarawak dari 1991 hingga 1999, anggota parlimen Rejang (1999-2006) dan senator (2006-2012).
Bernama
Mon Feb 10 2014


1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.

Pemimpin dan rakyat Sarawak sambut baik penubuhan Petros
Pemimpin dan rakyat Sarawak menyambut baik penubuhan Petroleum Sarawak (Petros) seperti yang diumum oleh Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Ahad.

Penganalisis: Abang Johari pilihan rakyat
"Berdasarkan kekananan dalam parti, Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg paling layak untuk memimpin negeri," kata Dr Jeniri Amir.