DIANGGAP sebagai 'bajet pilihan raya', pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini dijangka menyaksikan lebih banyak khabar gembira untuk rakyat bakal diumumkan kerajaan berbanding belanjawan sebelum ini, demikian menurut CGS-CIMB Research.
Firma itu menjangkakan lebih banyak sokongan akan diberikan kepada pelbagai peringkat masyarakat, walaupun langkah-langkah itu mungkin sedikit mengecewakan.
Ini kerana kebimbangan terhadap kemelesetan global mungkin memberi kesan kepada pengumuman menggembirakan itu ekoran pembaharuan subsidi bahan api yang akan dilaksanakan dan ketidaktentuan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Malah, ia tidak menolak kemungkinan Bajet 2023 perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat jika rang undang-undang tidak diluluskan apabila Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya.
"Tetapi, insiden ini hanya berlaku sekali sebelum ini pada 1999 – Bajet 2000 dibentangkan pada 29 Oktober 1999, selepas itu Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999 dan PRU10 diadakan pada 29 November 1999.
"Kemudiannya, bajet baharu yang serupa dengan yang dibentangkan pada Oktober 1999 telah dibentangkan semula pada 25 Februari 2000," katanya dalam nota kajian pada Jumaat.
Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat depan adalah tiga minggu lebih awal berbanding yang dijadualkan sebelum ini.
Berbanding keadaan ekonomi domestik yang bertambah baik dan keperluan untuk membina semula daya tahan fiskal, terdapat kecenderungan yang kukuh untuk fiskal yang berhemat.
Dengan kemungkinan pilihan raya umum akan datang dan kesan kelembapan global boleh memberikan dorongan fiskal yang positif terhadap bajet kali ini.
Berbanding dua objektif ini, CGS-CIMB percaya kerajaan boleh menyasarkan defisit fiskal sebanyak 4.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan berbanding 5.5% tahun ini.
Menurutnya, hasil fiskal dijangka berkembang sederhana sebanyak 1% tahun ke tahun atau RM281.3 bilion pada 2023, lebih rendah daripada 19.2% yang diunjurkan tahun ini.
Katanya, rangsangan kepada aliran pendapatan daripada kenaikan harga komoditi serta pemulihan ekonomi yang kukuh mungkin tidak seteguh tahun depan.
"Selain itu, cukai seperti Cukai Makmur yang sudah tamat meninggalkan lubang dalam kutipan, yang perlu diisi. Bagaimanapun, terdapat potensi sumber pendapatan yang lebih luas.
"Meskipun, cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak dibincangkan (berikutan menjelang PRU15), tetapi ia masih menjadi keutamaan kepada kerajaan baharu," jelasnya.
Dari segi perbelanjaan, firma itu melihat berlaku pengurangan dalam dua arah iaitu dana COVID-19 sebanyak RM23 bilion dan komitmen subsidi yang lebih rendah di tengah-tengah penurunan harga komoditi, antaranya melaksanakan subsisi bahan api bersasar.
Menurutnya, pembaharuan subsidi bahan api masih lagi samar-samar dari segi kuantum, mekanisme dan garis masa pelaksanaannya
"Tetapi, penerimaan teknologi baharu, seperti aplikasi telefon, nampaknya munasabah memandangkan perkembangan terkini mekanisme sedemikian oleh pemain tempatan.
"Sebagai contoh, Pertamina Indonesia telah melancarkan program beta menggunakan aplikasi telefon dan kod QR dalam pengedaran bahan api bersubsidi, menunjukkan kemungkinan Malaysia akan mengikuti jejak yang sama," katanya.
CGS-CIMB berkata, berdasarkan harga minyak mentah Brent pada purata AS$90 setong dengan ringgit berlegar pada RM4.50, kerajaan hanya menanggung kos RON95 sebanyak RM19.2 bilion pada 2023, dengan menjangkakan harga runcit tidak berubah pada RM1.205 seliter.
Katanya, jika akses kepada subsidi untuk T20 telah dikeluarkan pada Januari 2023 dan seterusnya, ia secara tidak langsung mengurangkan penggunaan RON95 bersubsidi sebanyak 54%, subsidi untuk tahun tersebut akan dikurangkan kepada RM8.8 bilion (atau RM10.4 bilion penjimatan).
"Jumlah penjimatan ini akan memberi ruang kepada kerajaan untuk mengalihkan lebih banyak sumber untuk menyokong segmen penduduk yang terdedah, termasuk 40% terbawah (B40), warga emas atau orang kurang upaya.
"Pemberian tunai pula berkemungkinan akan melihat peningkatan kedalaman dan skop untuk mengatasi kenaikan kos daripada penyingkiran subsidi," jelasnya.
Bajet 2023 juga akan menyaksikan kerajaan memikul cabaran baharu untuk memastikan persaraan rakyat Malaysia kembali diperkukuhkan setelah beberapa kali pengeluaran pada tahun lalu bagi membantu menangani impak pandemik COVID-19.
Menurut firma itu, antara yang boleh ditambahbaik daripada Bajet 2022, termasuklah meningkatkan bahagian sumbangan daripada majikan dan pekerja untuk peringkat umur tertentu terutamanya pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah.
"Kerajaan juga boleh menyediakan 'tambahan' tunai kepada ahli di bawah ambang pendapatan tertentu secara sekali sahaja atau secara tetap dan mempertingkatkan Skim Saraan Bercagar dengan meliputi lebih banyak bidang dan meluaskan kriteria," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Oct 01 2022
CGS-CIMB Research menjangkakan lebih banyak sokongan akan diberikan kepada pelbagai peringkat masyarakat, walaupun langkah-langkah itu mungkin sedikit mengecewakan. - Foto Perbendaharaan Malaysia
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.