KUALA LUMPUR:Penganalisis dan Penasihat Ekonomi KSI Strategic Institute, Profesor Dr Hoo Ke Ping meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di ibu negara pada Sabtu.
Berita itu disahkan Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar), Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Ke Ping yang menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi, merupakan seorang ilmuan yang aktif dalam memberikan buah fikiran serta pandangan berkaitan isu ekonomi dan politik negara.
Presiden Pintar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, pemergian mendiang Ke Ping merupakan kehilangan besar bagi masyarakat yang sentiasa mendengar ulasan ekonomi dan politik beliau.
Jelasnya, mendiang Ke Ping sepatutnya menjadi ahli panel Webinar Intektual Negara Mengenai Vaksin pada malam Sabtu. Katanya, bagi menghormati pemergian tokoh ekonomi itu, sesi webinar berkenaan ditangguhkan.
Terbaharu, mendiang Ke Ping meramalkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pas akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelasnya, ketiga-tiga parti dibentuk bawah gabungan itu bakal menguasai 100 kerusi Parlimen dalam pilihan raya itu.
Fareez Azman
Sat Feb 13 2021

Pemergian mendiang Ke Ping merupakan kehilangan besar bagi masyarakat yang sentiasa mendengar ulasan ekonomi dan politik beliau. - Gambar/ Facebook@ najibrazak

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Penganalisis ekonomi, Profesor Dr Hoo Ke Ping meninggal dunia akibat serangan jantung
Penganalisis dan Penasihat Ekonomi, KSI Strategic Institute, Profesor Dr Hoo Ke Ping meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 9.00 pagi tadi di kediamannya di ibu negara.