SHAH ALAM: Seorang penganggur yang membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwatnya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas K. Satiaraj, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata, tertuduh mempunyai niat mendatangkan kecederaan terhadap si mati dan melakukan perbuatan itu dalam keadaan sedar.
"Berdasarkan keterangan-keterangan, tertuduh tidak mengalami kesukaran dalam mengingati dan menceritakan apa yang berlaku.
"Tertuduh masuk ke rumah si mati untuk mencuri selain tertuduh mengetahui perbuatan menutup mulut dan mengikat tangan si mati supaya wanita itu tidak boleh menjerit.
"Tertuduh juga mengetahui tujuan dia mengikat tangan si mati supaya tidak dapat membuka kain yang disumbat di mulut si mati," katanya dan menambah tertuduh sebelum ini turut mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat si mati.
Ab Karim berkata, perbuatan tertuduh menyelongkar almari bagi mencari sesuatu untuk dicuri dan kemudian mencuri rantai emas selepas merogol dan meliwat si mati, jelas menunjukkan tertuduh dalam keadaan sedar.
"Sebaik keluar dari rumah si mati, tertuduh secara sedar telah meminta bantuan daripada rakannya (N. Hari Krishnan, saksi pendakwaan kelapan (SP8) untuk menggadaikan rantai tersebut kerana tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan.
"Selain itu, tidak ada dalam keterangan SP8 yang menunjukkan tertuduh dalam keadaan mabuk. Tertuduh juga tidak mempunyai apa-apa bukti yang menunjukkan ketika kejadian dia dalam keadaan mabuk, kesemua menunjukkan bahawa perbuataan tertuduh dalam keadaan normal," katanya.
Sathiaraj didakwa membunuh wanita itu di sebuah rumah di Kampung Tasik Tambahan, Ampang antara 11.40 pagi hingga 1 tengah hari, 19 Sept 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Sebelum ini, tertuduh yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat warga emas itu dihukum penjara 13 tahun dengan lima sebatan.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan kedua-dua tangannya diikat. Mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh anak keduanya yang pulang daripada bekerja. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022
Seorang penganggur yang membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwatnya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Penganggur bunuh nenek umur 85 tahun dihukum mati
Tertuduh yang membunuh warga emas selepas merogol dan meliwatnya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.