KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya, di rumahnya, Sabtu lalu.
Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 42, yang memakai baju T berwarna hitam, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 82 dan suri rumah, Darlisma Njatu Saleh, 72.
Kesalahan didakwa dilakukan di rumah mangsa, di Kampung Sungai Penchala Jalan Penchala Hilir 6, di sini pada jam 7.10 dan 7.20 malam, 9 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 31 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan telah menerima maklumat jam 7.43 malam daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan keluarga.
Malangnya, pasangan suami isteri warga emas berusia 72 dan 82 tahun itu ditemui mati di ruang tamu kediaman mereka, dipercayai dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala, di sini dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh.
Polis kemudiannya mengesahkan suspek berjaya ditahan dan hasil siasatan mendapati dia mempunyai sembilan rekod jenayah.
Ujian saringan air kencing menunjukkan dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan morfin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 15 2023

Afendi (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Sabtu lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Penganggur didakwa bunuh ibu bapa kandung
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya, di rumahnya, Sabtu lalu.

Tidak dapat wang beli dadah punca anak bunuh ibu, bapa
Motif pembunuhan pasangan warga emas yang ditikam anaknya sehingga mati dipercayai berpunca akibat suspek tidak diberi wang untuk membeli dadah.

Maut ditikam anak: Jenazah bekas imam, isteri dikebumi satu liang lahad
Jenazah pasangan suami isteri yang ditemui maut dibunuh anaknya pada Sabtu akan dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala.

Waris tuntut jenazah pasangan warga emas maut dibunuh anak sendiri
Waris keluarga kepada pasangan suami isteri yang ditemui maut ditikam anaknya di Kampung Sungai Penchala pada Sabtu dilihat tiba di PPUM.

Lelaki dipercayai bunuh ibu bapa direman seminggu
Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya di Kampung Sungai Penchala direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Lelaki bunuh ibu bapa ada 9 rekod jenayah dadah
Suspek yang merupakan anak lelaki si mati telah melarikan diri ke dalam hutan berhampiran dengan lokasi kejadian.

Lelaki bunuh ibu bapa di Kampung Sungai Penchala berjaya diberkas polis
Seorang lelaki berusia 40-an dipercayai membunuh ibu bapanya di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala berjaya diberkas polis pada malam Sabtu.

Bekas banduan bunuh ibu bapa sebelum tembak pemandu di lebuh raya sesak
Suspek, Joseph Eaton, 34, seorang bekas banduan baru sahaja dibebaskan pada 14 April lalu dari Pusat Koreksional Maine di Windham.

Butiran kes bunuh terlalu mengerikan, ketua juri tarik diri
Panel juri baru yang lebih ramai akan dilantik dalam kes bunuh mengerikan di Hong Kong susulan ketua jurinya menarik diri kerana terganggu dengan bukti yang dikemukakan.