KUALA KRAI: Seorang penganggur direman selama empat hari bermula hari ini di Mahkamah Kuala Krai, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad melalui hantaran video di media sosial, semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias adalah sehingga Jumaat depan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun terdahulu berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan pada jam 9.15 pagi semalam berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.
Jelasnya,pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang kemudian menahan lelaki itu di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 11.30 pagi semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan multimedia.
Hasil siasatan awal, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad.
Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.
Terdahulu video rakaman berdurasi empat minit 14 saat yang menunjukkan seorang lelaki menghina islam dan dan Nabi Muhammad itu tular di media sosial.
Muhafandi Muhamad
Tue Jul 19 2022

Hasil siasatan awal, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad. - Foto Astro AWANI

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Polis siasat resit pesanan makanan segera tertera catatan hina Islam, Melayu
Kumar berkata, pesanan pada resit bertarikh 19 dan 20 Dis itu dipercayai membabitkan individu sama walaupun berlaku di tiga daerah berbeza.

Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam
Anak 'Abuya', didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuduhan percubaan menghina agama Islam dan bersubahat melakukan kesalahan itu, September lalu.

Polis ambil keterangan lelaki hina Islam
Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.

Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.

Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Jakim telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.

Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor
Siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.

Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam
Sorang jurutera teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat hantaran jelik menghina agama Islam berhubung homoseksual.