KULIM:Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap kakak kandungnya, minggu lalu.
Nurul Habibah Abd Aziz, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail.
Mengikut pertuduhan, dia melakukan ugutan jenayah terhadap kakak kandung dan ahli keluarganya dengan tujuan hendak menyebabkan kematian di sebuah rumah di Taman Sri Limau Fasa 2 Lunas, Kulim pada jam 6 petang 11 November lalu.
Berikutan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Abdul Ghani, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Datuk Kamal Pasha.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dia akan menganggu ahli keluarganya.
Peguamnya kemudian membuat rayuan supaya dia dibenarkan ikat jamin sebelum ditolak majistret, menyebabkan tertuduh yang mempunyai tiga anak menangis teresak-esak.
Mahkamah menetapkan 24 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 17 2020
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dia akan menganggu ahli keluarganya. -Gambar/ Astro AWANI
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Penganggur dituduh ugut bunuh kakak menangis di mahkamah
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Che Rohana Ismail.