Seorang penganggur menggigil serta hampir rebah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara sembilan bulan kerana membuat hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggunakan profil Facebook palsu milik seorang wanita.
Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sahril Zainudin, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Hasil semakan media, sehingga jam 5 petang, OKS masih tidak membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.
Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM9,000 atau tiga bulan penjara atas kesalahan menghantar komunikasi jelik dan RM18,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan akaun Facebook palsu.
Dalam penghakimannya, Edwin berkata mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang telah menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan.
“Tindakan OKS juga yang mewujudkan akaun palsu dengan menggunakan nama Fatin Aslinda Abu Talib, 31, untuk membuat hantaran itu telah banyak mendatangkan kemudaratan dan menganiayai wanita itu,” katanya.
Beliau berkata penyalahgunaan media sosial seperti ini yang dilakukan oleh OKS dipandang berat kerana penama iaitu Fatin telah menerima ugutan culik dan rogol daripada orang awam yang tidak dikenalinya.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil Facebook “Puan Linda”.
Pautan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 1.05 petang, 2 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.
Dia turut dituduh secara sedar telah membuat kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam Facebooknya pada 29 Feb hingga 1 Mac lepas dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira OKS telah menggunakan akaun individu lain untuk membuat hantaran di media sosial.
Bagaimanapun, Sahril, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana telah diberhentikan kerja serta menjaga ibu bapanya yang uzur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020

Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira OKS telah menggunakan akaun individu lain untuk membuat hantaran di media sosial.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.

Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.

Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.

Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.

Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.