KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur direman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Perintah reman bermula hari ini sehingga Sabtu (23 Julai) terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Nordiana Abd Aziz di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sementara itu menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, lelaki berkenaan ditahan kira-kira 2 pagi tadi di rumahnya di Kampung Laut, di Chendering dekat sini.
"Siasatan awal mendapati audio tersebut telah dibuat pada tahun lepas, yang mengandungi kata-kata maki hamun termasuk menghina agama Islam, namun seorang pengadu baru membuat laporan mengenainya pada 19 Julai (semalam).
"Mungkin laporan dibuat sekarang berikutan trend kes menghina agama Islam yang banyak dilaporkan pada masa ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rohaimi berkata suspek juga didapati mempunyai enam rekod lampau membabitkan kes dadah, mencederakan orang serta ugutan terhadap ahli keluarga dan dia telah dihadapkan ke mahkamah tahun lepas.
"Kami juga syak lelaki ini mengalami gangguan mental akibat ketagihan dadah... Semasa ditahan, ujian saringan urin mendapati dia positif dadah methamphetamine," katanya.
Rohaimi berkata pihaknya memandang serius kes membabitkan penghinaan terhadap agama kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan tidak akan berkompromi dengan pihak terlibat.
"Jangan sesekali jadikan agama sebagai bahan jenaka kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Perintah reman bermula hari ini sehingga Sabtu (23 Julai) terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarkan Majistret Nordiana Abd Aziz di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penganggur hina agama Islam ditahan reman
Seorang penganggur direman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.