MUAR: Seorang penganggur tergamak menjerut leher dengan tali dan menutup mulut isterinya hanya kerana diberikan RM100 selepas meminta wang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee di sini pada Rabu.
Lelaki berusia 33 tahun itu dikatakan berang kerana isterinya tidak memberikan wang seperti yang diminta.
Akibat tidak berpuas hati, suspek cuba membunuh isterinya dengan bertindak sedemikian sehingga wanita berkenaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu berlaku dipercayai akibat selisih faham.
"Suspek kemudian telah melarikan diri apabila mangsa tersedar selepas ditampar oleh suspek. Mangsa kemudiannya telah ke balai polis untuk membuat laporan.
"Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, bertindak atas laporan polis dibuat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berjaya memberkas suspek.
Katanya, ujian air kencing suspek adalah negatif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Tambah beliau, suspek kini direman selama lima hari bermula Rabu untuk membantu siasatan.
Difahamkan, suspek dan isterinya yang berusia 29 tahun dalam proses perceraian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023

Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berjaya memberkas suspek tidak lama selepas kejadian itu. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA diserah, sebutan semula 26 Nov
Mahkamah menetapkan kes Hafizul Hawari yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada wanita itu, disebut semula pada 26 Nov.

Kes tembak di KLIA: Perbicaraan kes Hafizul miliki senjata api Disember depan
Mahkamah Sesyen menetapkan 8 dan 9 Dis depan bagi perbicaraan kes Hafizul Hawari, 38, yang didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.

Mahkamah tetapkan 28 Ogos untuk serahan dokumen kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan dokumen laporan perubatan, kimia dan forensik belum diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Kes tembak di KLIA: Sebutan semula kes Hafizul Hawari 11 Ogos
Mahkamah Sesyen menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes melibatkan seorang pengurus syarikat agensi pelancongan yang didakwa atas tujuh pertuduhan.

Tembak di KLIA: Pengurusan kes Hafizul cuba bunuh isteri 25 Julai
Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan memutuskan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan mereka memerlukan masa sebulan untuk melengkapkan dokumen berkaitan kes.

Penganggur jerut leher isteri, berang diberi RM100
Seorang penganggur tergamak menjerut leher dengan tali dan menutup mulut isterinya hanya kerana diberikan RM100 selepas meminta wang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee di sini pada Rabu.