KUALA LUMPUR: Seorang penganggur berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Selayang di sini hari ini, atas 15 pertuduhan melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal dan mencabul dua anak tiri perempuannya antara 2015 dan 2020.
Tertuduh yang memakai baju-T berwarna merah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin dan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Di Mahkamah Sesyen, lelaki itu didakwa atas tiga pertuduhan melakukan seks luar tabii dan empat tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas dua anak tirinya yang kini berusia 19 dan 20 tahun di kediaman mereka di Sri Gombak dekat sini antara 29 Ogos 2015 dan 25 Ogos 2020.
Bagi kesalahan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat.
Bagi kesalahan amang seksual fizikal pula, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Di Mahkamah Majistret, tertuduh berdepan lapan pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatan mereka antara 27 Ogos 2015 dan 15 Mac 2017 di lokasi sama.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Bagi kes di Mahkamah Sesyen, lelaki itu diberikan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin manakala untuk kes di Mahkamah Majistret pula, dia diikat jamin RM16,500.
Kedua-dua mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai dan tidak tinggal serumah dengan mangsa serta menetapkan 20 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh diwakili peguam Mohammed Fudhail Ahmad Zulaini.
Sebelum prosiding bermula, tertuduh dilihat menangis sambil memandang ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin dan Majistret Nur Hafizah Rajuni. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki ditahan cabul anak tiri
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul anak tirinya yang berusia enam tahun di rumahnya di sini pada malam Rabu.

Lelaki ditahan cabul anak tiri
Polis menahan seorang lelaki dua hari lepas bagi membantu siasatan mencabul anak tirinya di sebuah rumah di sebuah Felda sejak April lalu.

Penganggur menangis didakwa 15 pertuduhan seks luar tabii, cabul 2 anak tiri
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin dan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Kontraktor direman disyaki cabul tiga anak tiri
Tangkapan itu susulan laporan daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa ayah tirinya mencabulnya ketika ibunya tidur atau tiada di rumah.