KOTA BHARU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas pertuduhan cuba membunuh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa sekatan jalan raya di Jalan Kuala Krai, di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Noor Nashriq Nawawi, 28, mengaku salah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim, Nooriah Osman.
Hukuman terhadapnya bagaimanapun ditetapkan pada 20 Februari ini.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd Noor Nashriq melakukan cubaan bunuh terhadap Mohamed Azrin Abdul Wahab, 44, dengan melanggar mangsa ketika tertuduh memandu kereta jenis Perodua Kancil dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Bagi dakwaan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa gagal mematuhi isyarat munasabah untuk berhenti yang diberikan oleh Pembantu Penguat kuasa JPJ, Ahmad Shukri Ibrahim, 41.
Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 78 (2) Akta 333 yang jika disabitkan boleh didenda maksimum RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Kedua-dua kesalahan dilakukan di hadapan Akademi Jabatan JPJ Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai, di sini, pada jam 9 malam, 19 Januari lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad.
Pada prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Dalam perkembangan lain, Mohd Noor Nashriq turut mengaku pada dua tuduhan memiliki 3.5 gram (g) dadah jenis heroin dan 1.2 g methamphetamine di kawasan flat Taman Bahagia Wakaf Mek Zainab di sini, pada 4 Februari lalu.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 April ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024
Tertuduh, Mohd Noor Nashriq dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Nurul Izzah sedia bersaing secara sihat
Jaguh berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sedia bersaing secara sihat dengan pelumba muda terutama yang sedang meningkat naik Nur Alyssa Farid.
AWANI Ringkas: Bekalan ikan Ramadan, Aidilfitri
AWANI Ringkas: Bekalan ikan Ramadan, Aidilfitri
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran dan sumber dari pelbagai jabatan kerajaan untuk menyelaraskan operasi di semua pintu masuk negara.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan melihat data sedia ada yang diperoleh daripada operasi 19 pintu masuk awal di bawah AKPS sebelum ke fasa pelaksanaan seterusnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan melihat data sedia ada yang diperoleh daripada operasi 19 pintu masuk awal di bawah AKPS sebelum ke fasa pelaksanaan seterusnya.
Cromok dan Amuk bersatu buat kali pertama dalam Konsert Kasi Gegar!
Cromok bakal berganding bahu dengan Amuk dalam Konsert Kasi Gegar!.
Hujan lebat berterusan 4 hingga 7 februari di Sabah & Sarawak
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 4 sehingga 7 Februari 2025 di Sabah dan Sarawak.
Semakin pulih di Sarawak, 12 PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
Penganggur mengaku langgar, cuba bunuh anggota JPJ
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba membunuh anggota JPJ semasa sekatan jalan raya di Jalan Kuala Krai.