KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri dalam kejadian pada 30 September lalu.
Tertuduh, Muhamad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menikam belakang wanita berusia 31 tahun itu menggunakan sebilah gunting ketika cuba menyamun mangsa di kedai dobi tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.30 petang di Kem Sri Pantai, Seberang Takir di daerah Kuala Nerus.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh hukuman.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Riffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
Muhamad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Lelaki tikam, cuba rompak wanita di kedai dobi dipenjara 7 tahun, 4 sebatan
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana cuba merompak dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita di sebuah kedai dobi.
Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri dalam kejadian pada 30 September lalu.