Kadar pengangguran negara yang rendah iaitu pada 3.1 peratus adalah bukti kerajaan mampu mengurus ekonomi negara dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kadar pengangguran negara yang rendah itu juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang hampir mencapai tahap guna tenaga kerja penuh.
Malaysia juga mendahului negara maju lain seperti Sepanyol yang mencatat kadar pengangguran 26.5 peratus, Itali (11.6 peratus), Amerika Syarikat (7.7 peratus), Australia (5.5 peratus) dan Jepun (4.2 peratus), katanya pada pelancaran perhimpunan Hari Pekerja 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.
Lebih 12,000 pekerja mewakili pelbagai kesatuan sekerja, persatuan majikan, jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta menghadiri majlis itu.
Najib berkata: "Ada negara yang pertumbuhannya meningkat tetapi tidak dapat sediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Bagaimanapun, kita (Malaysia)berjaya mengembangkan ekonomi dengan kadar pengangguran rendah 3.1 peratus, dan hampir mencapai guna tenaga kerja penuh."
Selain itu, dalam usaha mencapai agenda transformasi negara, usaha meningkatkan jumlah tenaga pekerja mahir dan mengutamakan kebajikan pekerja adalah dua aspek penting bagi mencapai matlamat tersebut, katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyediakan dasar dan program di sektor awam dan swasta yang dapat mempertingkatkan kemahiran, kompetensi serta keilmuan para pekerja.
Setakat ini hanya 28 peratus pekerja di Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai pekerja mahir, dan kerajaan mensasarkan menjelang 2020, angka ini mesti mencapai sasaran 50 peratus, tambahnya.
Beliau berkata untuk itu, para pekerja di negara ini perlu berusaha untuk dikategorikan sebagai pekerja yang mahir, bukan pekerja yang tidak mahir ataupun separuh mahir.
Najib berkata majikan juga perlu memberi penekanan terhadap kebajikan para pekerja bagi memastikan golongan pekerja, sama ada sektor awam atau swasta, dapat terus dihargai atas dedikasi dan produktiviti yang disumbangkan mereka dalam organisasi.
Najib juga berkata kesepaduan antara golongan pekerja, majikan dan kerajaan perlu diperkukuh bagi menjayakan agenda transformasi negara kerana masing-masing mempunyai peranan penting dalam bidang tertentu.
"Tanpa kesepaduan tiga golongan ini, kita akan menghadapi perbalahan konflik yang akan menjadi hambatan kepada pencapaian kepada dasar transformasi negara kita," katanya.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan sentiasa melaksanakan penambahbaikan dalam perkara berkaitan pekerja termasuk pindaan terhadap akta berkaitan dengan umur persaraan dan juga pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta.
"Lanjutan umur persaraan serta pelaksanaan gaji minimum negara akan memberi impak positif kepada seluruh warga kerja di negara ini. Kedua-dua inisiatif ini akan menyumbang kepada jumlah tabungan pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja," katanya.
Bernama
Sat Jun 22 2013
Gambar Arkib
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut
Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar.
Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi
Suruhanjaya itu akan melancarkan langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bagi menangani isu birokrasi.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
BNM terus pantau inflasi domestik, prospek pertumbuhan
Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan pendekatan kepada dasar monetari kekal dipacu berasaskan data dan berpandangan ke hadapan.
Pendekatan Trump mungkin ambil masa setahun tunjuk hasil - Penganalisis
Pentadbiran Trump menghantar dua isyarat segera: 'Amerika kembali berurusan seperti biasa' dan 'Amerika serius dalam berurusan.'
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.