SERDANG: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada penganjur acara jualan baju terpakai atau 'bundle' dan penyewa tapak di sebuah pusat membeli-belah di Serdang, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, pihaknya mengenal pasti video tular di media sosial berdurasi 1 minit 12 saat yang memaparkan beberapa peniaga baju terpakai itu mengamuk selepas didakwa ditipu oleh penganjur acara jualan berkenaan dengan nilai mencecah RM36,000.
"Polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang juga pengurus acara jualan berkenaan berkaitan isu peniaga yang menyewa tidak berpuas hati.
"Peniaga yang menyewa tapak berkenaan tidak berpuas hati dengan penganjur dan meminta untuk dikembalikan wang mereka.
"Laporan polis turut dibuat oleh penyewa dan kedua-dua belah pihak telah dipanggil polis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, penganjur acara jualan tersebut membuat laporan untuk rujukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
"Manakala pihak penyewa juga telah mengesahkan akan memulangkan kembali barang yang diambil untuk tujuan cagaran.
"Setakat ini, polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sun Oct 30 2022
![Penganjur, peniaga 'bundle' dipanggil polis Penganjur, peniaga 'bundle' dipanggil polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667166898_PolisPanggil.jpg)
Kedua-dua pihak penyewa dan penganjur telah dipanggil untuk membantu siasatan polis. - Foto Sinar Harian
![Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638418417_HIV.jpg)
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
![Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737685406_TBimigresen.jpg)
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
![Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
![Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738980809_DBKLDatukSeriDr.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang 'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738978832_sultanpahangsambu.jpg)
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
![Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735374325_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
![Penganjur, peniaga 'bundle' dipanggil polis Penganjur, peniaga 'bundle' dipanggil polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667166898_PolisPanggil.jpg)
Penganjur, peniaga 'bundle' dipanggil polis
Peniaga yang menyewa tapak berkenaan tidak berpuas hati dengan penganjur dan meminta untuk dikembalikan wang mereka.