KUALA TERENGGANU: Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah di Kuala Nerus yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000 kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata pemilik resort juga diarah tidak lagi menganjurkan program berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun ia didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort.
"Kita telah panggil pemilik resort dan pengurusan untuk beri penjelasan, dan daripada penjelasan itu kita dapati banyak perkara atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dilanggar, antaranya program itu diadakan secara ulangan setiap tahun tanpa pengetahuan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis dan sebagainya," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemilik dan pengurusan Summer Bay Resort di Wisma Darul Iman hari ini.
Beliau berkata susulan kejadian itu kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan di semua resort dan pusat percutian di negeri ini bagi mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang pada masa akan datang.
Razali berkata selain itu pihaknya juga akan mengkaji semula enakmen hiburan negeri untuk menaikkan kadar kompaun bagi menimbulkan kegerunan serta pengajaran terhadap pemain industri pelancongan yang cuba melanggar peraturan.
"Saya nasihatkan pengusaha dan agensi pelancongan jangan ambil kesempatan untuk lakukan kecelakaan maksiat di negeri Terengganu. Kita ada SOP dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dengan perkara yang melanggar tatacara dan peraturan," katanya.
Sementara itu Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort Datuk Chong Fah Ming memohon maaf kepada kerajaan negeri dan rakyat Terenggganu atas kekecohan yang berlaku.
Menurut beliau pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sesuatu program pada masa depan bagi mengelak daripada menyentuh sensitiviti umat Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Pemilik resort diarah tidak lagi menganjurkan program berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun ia didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort. - Foto ihsan pembaca
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.