JASIN: Program Mount Ophir Ultra Trail (MOUT) Melaka di Asahan, berpotensi dijadikan sebagai hab penganjuran acara bagi mempromosi subsektor pelancongan sukan dan rekreasi, terutamanya di kawasan luar bandar.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, kerajaan negeri juga, akan menyasarkan acara larian denai itu sebagai salah satu produk ikonik, sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Acara sukan lasak ini juga dilihat sebagai 'pemanas badan' TMM2024, selain akan disenaraikan dalam segmen bulan bertemakan sukan, yang mempunyai pelbagai kategori acara larian seperti di gunung, pulau dan pantai.
"Bagi sesi kali ini pihak jawatankuasa akan mengkaji dan menilai untuk merancang mengadakan program tersebut dalam skala lebih besar, iaitu melibatkan sekurang-kurangnya 1,500 peserta selain aktiviti larian mengelilingi kaki gunung," katanya kepada pemberita, di sini, pada Ahad.
Acara MOUT 2023 yang berlangsung selama dua hari tersebut, disertai 800 pelari tempatan dan luar negara dengan membabitkan kategori Ultra Trail 50 kilometer (km), Challenger 25KM dan Leisure 10KM.
Acara itu juga menarik minat penyertaan pelari dari luar negara seperti Australia, Nepal, Singapura, Filipina, Vietnam, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Hong Kong, Indonesia, China, United Kingdom dan Uganda.
- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Datuk Zaidi Attan (berdiri lima, kanan) bergambar bersama pemenang selepas menyempurnakan acara penyampaian hadiah Program Mount Ophir Ultra Trail (MOUT) 2023 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan. - Foto BERNAMA
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Januari 2025
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Teroka potensi tenaga solar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.
Hamas beri 'cenderahati' kepada tawanan dibebaskan
Ketika menerima 'kejutan' itu, mereka turut tersenyum dan sempat mengambil gambar terakhir sebelum pulang.
Qatar mahu PA kembali mentadbir di Gaza
Hanya penduduk Gaza yang sewajarnya menentukan bagaimana wilayah itu ditadbir.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal - PBB
Orang ramai kini mula membersihkan sisa-sisa perang dan wujud kehidupan.
PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas
Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Penganjuran MOUT promosi pelancongan sukan, rekreasi luar bandar
Ia berpotensi dijadikan sebagai hab penganjuran acara bagi mempromosi subsektor pelancongan sukan dan rekreasi, terutamanya di kawasan luar bandar.