Seorang kakitangan Hospital Kuala Krai mengabadikan majlis perkahwinannya dengan menaiki ambulans ke rumah pengantin perempuan, pada Ahad.
Mohd Shahrudin Abu Bakar, 32 tahun, menaiki ambulans dipandu rakan setugas dari tempat berkumpul rombongan pengantin lelaki di Damar Inn hingga ke rumah pengantin perempuan di Padang Sembilan.
Menariknya, siren ambulans dibunyikan ketika pengantin lelaki hampir tiba menyebabkan tetamu jemputan tertanya-tanya.
Mohd Shahrudin yang berasal dari Pasir Mas berkata, dia dan isteri, Rosliana Rosli, 34 tahun, tidak pernah merancang mencipta kelainan pada hari perkahwinan mereka, sebaliknya hanya mengharapkan majlis berjalan lancar.
Menurutnya, perancangan menaiki ambulans ke rumah pengantin perempuan dibuat sehari sebelum hari persandingan.
"Cadangan ini pula datangnya daripada Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.
"Selepas berfikir saya bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Shahrudin yang bertugas sebagai pemandu ambulans berkata, walaupun sudah menjadi rutinnya memandu kenderaan itu, tetapi kali ini agak berbeza kerana dia menaiki ambulans di hari bahagianya.
"Terima kasih kepada Dr Mat (Mohd Salleh) atas cadangan ini.
"Pengalaman menaiki ambulans pada hari bahagia akan jadi sejarah dalam hidup saya," katanya yang turut diiringi beberapa rakan setugas menaiki ambulans.
Sementara itu, Dr Mohd Salleh berkata, dia memberikan cadangan itu sebagai hadiah perkahwinan kepada Mohd Shahrudin dan isteri yang kedua-duanya bertugas di Hospital Kuala Krai.
Beliau berharap detik indah tersebut akan dikenang pasangan itu sampai bila-bila.
"Saya mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin dan berharap mereka cepat menimang cahaya mata," katanya yang turut mengiringi pengantin lelaki.
Sinar Harian
Mon Sep 10 2018

Mohd Shahrudin (tiga, kanan) bersama Dr Mohd Salleh (dua, kanan) di hadapan ambulans yang membawanya ke rumah pengantin perempuan di Padang Sembilan, pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.

Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.