Lebih daripada 100,000 penganut agama Hindu di Pulau Pinang, kebanyakannya dari Wilayah Utara, membanjiri Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga untuk membayar nazar.
Tinjauan Astro AWANI mendapati keadaan di sekitar kawasan itu penuh sesak dan jumlah pengunjung dijangka bertambah sehingga lewat malam ini.
Semua jalan menghala ke kuil tersebut menjadi sesak dengan kehadiran para penganut Hindu yang membawa kavadi dan para pelancong tempatan dan luar negara yang menyaksikan perayaan itu.
Penganut agama Hindu berarak membawa kavadi dan periuk susu 'pal koodam' serta memecahkan buah kelapa untuk membayar nazar dan menebus dosa.
Bagi penganut Hindu, R. Vicknesh, 26, dari Pulau Pinang berkata, tahun ini masuk tahun ke-10 dirinya melaksanakan nazar.
Beliau, yang mula melakukan upacara nazar sejak berusia 16 tahun berkata, nazar kali ini dilakukan sebagai menyatakan kesyukuran kerana kesihatan datuknya kembali pulih dan kesejahteraan keluarganya.
“Saya rasa sangat gembira kerana segala yang saya minta sebelum ini telah ditunaikan. Tuhan telah menunaikan permintaan saya supaya keluarga saya sihat dan sejahtera,” kata Vicknesh.
Selain mendoakan kesihatan dan kesejahteraan penganut agama Hindu juga mendoakan keselamatan negara serta rakyat negara ini agar hidup aman dan selamat.
Selain menerima pengunjung dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelancong asing yang teruja dengan sambutan unik Thaipusam.
Dan bagi memastikan keadaan keselamatan serta lalu lintas terkawal, anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan dan Rela turut ditempatkan di kawasan berhampiran.
[GALERI FOTO]: KEMERIAHAN SAMBUTAN THAIPUSAM 2015
Beberapa buah jalan yang menjadi laluan utama pembawa kavadi ditutup secara berperingkat antaranya Jalan Datuk Keramat, Jalan Utama dan Jalan Air Terjun bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil ‘Thai’ yang berlaku pada bulan Januari atau Februari.
Turut dikenali sebagai Thaipooyam dalam bahasa Malayalam, perayaan ini bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati.
Ia juga bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman.
Astro Awani
Tue Feb 03 2015
![Penganut Hindu turut mendoakan keamanan Malaysia sempena Thaipusam Penganut Hindu turut mendoakan keamanan Malaysia sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/81422965282_295x200.jpg)
Tinjauan Astro AWANI mendapati keadaan di sekitar kawasan itu penuh sesak dan jumlah pengunjung dijangka bertambah sehingga lewat malam ini. - Gambar Fail
Semak Akta SOSMA, teliti hak asasi manusia keselamatan negara
Kementerian dalam negeri akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen minggu hadapan.
[TERKINI] Suspek kes bunuh Norshamira direman tujuh hari
Seorang lelaki berusia 53 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di tepi sungai Kuantan, direman selama tujuh hari
![Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739604378_hostagerelease.jpg)
Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.
![Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739606240_SaifuddinNasutionI.jpg)
Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.
![Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739604230_NikNazmiNikAhmad.jpg)
NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
PDRM rampas dadah berjumlah RM23.67 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum diseludup ke negara ketiga dengan nilai rampasan berjumlah RM23.67 juta.
Banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738720814_CoconutTrading.jpg)
Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam
Kelapa diperlukan untuk dua kegunaan dalam upacara perayaan Thaipusam, iaitu mengambil isinya dan memecahkan kelapa.
![Sambutan Tahun Baharu Tamil di Little India memupuk perpaduan Sambutan Tahun Baharu Tamil di Little India memupuk perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713136225_TahunBaharuTamil.jpg)
Sambutan Tahun Baharu Tamil di Little India memupuk perpaduan
Saraswathy berkata acara tersebut yang diraikan bersama perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
![Filem 'The Kashmir Files' diharamkan di Singapura Filem 'The Kashmir Files' diharamkan di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652188264_TheKashmirFiles.jpg)
Filem 'The Kashmir Files' diharamkan di Singapura
Filem The Kashmir Files mengisahkan penghijrahan penganut Hindu dari wilayah Kashmir yang menjadi pertikaian akan diharamkan di Singapura, lapor CNA hari ini.
![Ismail Sabri ucap selamat menyambut Thaipusam buat penganut Hindu Ismail Sabri ucap selamat menyambut Thaipusam buat penganut Hindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642428316_IsmailSabri.jpg)
Ismail Sabri ucap selamat menyambut Thaipusam buat penganut Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
![Isu arak 'Timah': Malaysia negara berbilang bangsa, agama, semua pihak perlu sensitif - Salahuddin Isu arak 'Timah': Malaysia negara berbilang bangsa, agama, semua pihak perlu sensitif - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610705983_salahuddinayub.jpg)
Isu arak 'Timah': Malaysia negara berbilang bangsa, agama, semua pihak perlu sensitif - Salahuddin
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, setiap individu perlu lebih sensitif jika perkara itu mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
![Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81590076475_tempatibadat.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP
Operasi itu tertakluk kepada beberapa SOP tertentu termasuk kehadiran tidak melebihi 30 orang dalam satu-satu masa.
![COVID-19: MMA nasihat Thaipusam tidak disambut besar-besaran tahun hadapan COVID-19: MMA nasihat Thaipusam tidak disambut besar-besaran tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61581138677_Thaipusam.jpg)
COVID-19: MMA nasihat Thaipusam tidak disambut besar-besaran tahun hadapan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menasihatkan agar sambutan Thaipusam bagi tahun 2021 tidak diadakan secara besar-besaran seperti yang berlangsung saban tahun.
![SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589607523_GerejaKatolik.jpg)
SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin
Wakil pelbagai agama sudah bermesyuarat dengan Menteri Perpaduan Negara hari ini bagi mengemukakan pandangan sebelum keputusan dibuat.
![40 terkorban dalam keganasan Hindu-Muslim di India 40 terkorban dalam keganasan Hindu-Muslim di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61582935430_NewDelhi.jpg)
40 terkorban dalam keganasan Hindu-Muslim di India
Pihak polis pada Jumaat memaklumkan bahawa ratusan telah ditahan dan tahap keselamatan ditingkatkan di daerah tersebut.
![Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang? Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582767356_DelhiAssembly.jpg)
Ceritalah: Adakah Modi boleh dihalang?
AAP menjadi satu-satunya pilihan yang layak bagi orang Islam Delhi sementara BJP hanya salah satu pilihan bagi penganut-penganut Hindu.