KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya menghadiri program lawatan kerja di Berlin, Jerman dan Amerika Syarikat (AS), sehingga bulan depan.
Hakim, Suzana Hussin memutuskan demikian ketika sebutan kes yang dihadapi Abdul Hamid Shaikh, 50, atas satu kes menawar rasuah RM7.5 juta kepada ahli perniagaan, Datuk Tan Ser Lay, 61, bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, berhubung konsesi Menara Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Semasa prosiding, peguam, Weera Premananda memaklumkan, anak guamnya akan mengikuti lawatan kerja bagi penempatan sistem operasi di AS pada 23 Februari hingga 1 Mac.
“Sementara di Jerman ialah melibatkan lawatan kerja bagi pameran untuk mempromosi Malaysia di bawah Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), pada 5 hingga 7 Mac.
“Anak guam sentiasa mematuhi terma bagi syarat jaminan yang ditetapkan oleh pihak mahkamah, malah saya percaya pihak pendakwaan tidak akan membantah pemohonan ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi mengesahkan pihak pendakwaan telah meneliti permohonan yang dibuat.
“Kami tidak membantah, namun memohon mahkamah merekodkan pemulangan dokumen perjalanan itu perlu dibuat seawal mungkin,” katanya.
Suzana kemudiannya membenarkan permohonan mendapatkan pasport itu dan memerintahkan tertuduh menyerahkannya kembali pada atau sebelum 21 Mac.
Pada 5 April tahun lalu, Abdul Hamid Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun (RM7.5 juta) melalui seorang ahli perniagaan.
Ia bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, berhubung konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL), di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, syarikat Hydroshoppe juga didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan itu kepada Ser Lay, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama, di lokasi dan pada tarikh serupa.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana lebih tinggi, atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 22 2024

Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport. - Foto Bernama

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.
Putin tegas rundingan damai perlu jamin keselamatan Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai dengan Ukraine mesti menjamin keselamatan jangka panjang Rusia dan menolak sebarang penarikan semula dari wilayah yang telah dikuasai dalam konflik ini.
Zelenskiy seru gencatan senjata udara dan laut
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menggesa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk menyokong cadangan gencatan senjata antara pasukan Rusia dan Ukraine di udara serta di laut.
Konvensyen dibatalkan: Switzerland batal persidangan Geneva berkait wilayah Palestin
Switzerland telah membatalkan persidangan mengenai pelaksanaan Konvensyen Geneva ke atas wilayah Palestin yang dijajah akibat kekurangan penyertaan, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar negara itu pada Khamis.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.
9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan, sekurang-kurangnya 9,500 tahanan Palestin masih meringkuk di penjara Israel termasuk 21 wanita dan 350 kanak-kanak.

Pengarah Hydroshoppe dapat pelepasan sementara pasport untuk ke UK
Mahkamah membenarkan permohonan Pengarah Syarikat Hydroshoppe Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh bagi mendapatkan pasport sementara.

Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.