Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Putrajaya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM159,053.22.
Suapan itu didakwa bagi melantik enam syarikat sebagai kontraktor membekalkan makanan kepada taman bimbingan kanak-kanak (tabika) atau taman asuhan kanak-kanak (taska) pada 2015 dan 2016.
Mohd Adnan Md Daud, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd Adnan yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Kemas Selangor memperoleh rasuah berjumlah RM73,000 daripada Sah Hizam Halim sebagai upah melakukan dua perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tertuduh.
Ia membabitkan kerja membekal susu tepung fasa tiga Tabika/Taska Permata kepada Syarikat Perniagaan Naluri Pertama dan menjalankan kerja membekal serbuk malt coklat Tabika/Taska Permata kepada Syarikat Alpha Elite Resources.
Mohd Adnan dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Alor Setar, Jalan Sultan Badlishah pada 14 Disember, 2016.
Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Adnan dituduh menerima rasuah berjumlah RM86,053.22 daripada Sah Hizam sebagai upah melakukan tujuh perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tertuduh.
Ia membabitkan menjalankan kerja membekal biskut krim kepada Perniagaan Naluri Pertama bernilai RM78,246, membekal dan menghantar susu tepung ke tabika kepada Perniagaan Naluri Pertama bernilai RM123,786.
Ia turut membabitkan kerja membekal dan menghantar makanan tambahan susu tepung bernilai RM130,410 kepada One Blue Diamond Enterprise dan membekal bijirin kepada Golden North Enterprise (bernilai RM65, 025).
Selain itu, Mohd Adnan turut dituduh terbabit dalam perbuatan menjalankan kerja membekal dan menghantar biskut ke tabika kepada Syarikat Malbery Enterprise bernilai RM94,702.50, membekal dan menghantar bijirin ke tabika kepada syarikat LD Dinamik Enterprise bernilai RM59,512.50 dan membekal serta menghantar makanan tambahan bijirin kepada LD Dinamik Enterprise bernilai RM61,582.50.
Kelima-lima syarikat terbabit dimiliki oleh dan dalam kawalan Sah Hizam.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Alor Setar Jalan Sultan Badlishah pada 7 Januari, 2015.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Adnan dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda.
Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam, Abdul Hadi Ahmad.
Abdul Hadi dalam rayuannya meminta supaya mahkamah mengurangkan wang jaminan berikutan tertuduh mempunyai lapan anak termasuk lima bersekolah dan seorang bayi berusia 55 hari serta mempunyai pendapatan berjumlah RM9,800 namun akaun miliknya sudah dibekukan sejak lima bulan lalu.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 31 Julai ini bagi sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jun 18 2017

Mohd Adnan diiringi anggota SPRM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM159,053.22, pada 2015 dan 2016. --fotoBERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Pukul anak kerana makanan dibekalkan untuk jamuan tidak dijamah
Suspek yang berusia 47 tahun dipercayai marah apabila mengetahui makanan tersebut tidak disentuh murid dan guru.

Pengarah Kemas didakwa terima rasuah hampir RM160,000
Mohd Adnan Md Daud, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Seni bento galak budaya berjimat
Menyedari minat umum terhadap seni bento, Muzium Negara mengambil kesempatan menganjurkan program sehari "Bengkel Bento" buat ibu bapa yang berminat dalam mendalami ilmu itu.