KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu kes pengubahan wang haram RM9.1 juta dan pecah amanah RM7.6 juta, antara tahun 2013 hingga 2017.
Hakim, Datin Sabariah Othman memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pengarah syarikat, Lau Kok Loon, 80, di akhir kes pendakwaan.
“Saya bersetuju siasatan dilakukan tidak lengkap menyebabkan banyak maklumat penting tidak disiasat.
“Berdasarkan hujahan pihak pembelaan, saya bersetuju pertuduhan ini cacat dan tidak sah maka tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.
Dalam prosiding itu, Kok Loon diwakili peguam, Lee Keng Fatt manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak.
Seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 27 Julai 2020.
Mengikut pertuduhan pertama, warga emas itu didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang melalui akaun simpanan tetap Hong Leong Bank miliknya kepada akaun simpanan semasa bank sama yang juga miliknya melalui 34 transaksi pemindahan berjumlah RM9,155,644.23 hasil aktiviti haram.
Kesalahan didakwa dilakukan di Hong Leong Bank, Jalan Perak, di sini, antara 4 Disember 2013 hingga 19 September 2017 mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Subseksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Kok Loon dituduh atas satu kes pecah amanah empat cek Hong Leong Bank milik Semenyih Jaya Sdn Bhd yang mana secara keseluruhan bernilai RM7,608,167.43.
Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Sungai Besi, di sini, antara 27 Ogos dan 3 September 2013 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023

Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lau Kok Loon (gambar) di akhir kes pendakwaan. - Gambar/ Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.

Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Warga emas maut, kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas
Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas dalam kemalangan di Setiu.

Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA
Mangsa yang percaya dengan kata-kata tersebut telah melakukan 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza.

Semua prosiding kes Muhyiddin digantung
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes AMLA Muhyiddin.

Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM
Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.

Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
Perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.

Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta
Bekas pengarah syarikat penyedia perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta
Seorang pengarah syarikat pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengubahan wang haram RM9.1 juta dan pecah amanah RM7.6 juta.