Seorang pengarah syarikat aksesori kenderaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah hari ini atas enam pertuduhan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah lebih RM3,000 sebelum tarikh ia berkuat kuasa, tiga bulan lepas.
Datuk Wong Goang Ching, 51, pengarah syarikat Brother's Factory Outlet (M) Sdn. Bhd bertempat di Kelana Jaya, Selangor didakwa mengenakan dan melevi cukai terhadap pembekalan aksesori kenderaan berjumlah RM3,681.48 sebelum tarikh GST berkuat kuasa 1 April lepas.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen melakukan perbuatan itu di syarikat berkenaan di Kelana Jaya, Petaling Jaya antara 25 Mac dan 31 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 183 (1) Akta GST 2014 (GST) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 96 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM30,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Azhari Abdul Hamid membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 29 Jun sebagai tarikh sebutan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala peguam M. Manoharan mewakili tertuduh.
Bernama
Fri Jun 05 2015

Seorang pengarah syarikat aksesori kenderaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah hari ini atas enam pertuduhan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah lebih RM3,000. - Gambar Fail

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah kes GST
Seorang pengarah syarikat aksesori kenderaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah hari ini atas enam pertuduhan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah lebih RM3,000.