KOTA BHARU: Seorang pengarah syarikat berpangkat Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas empat pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM665,000, tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu dengan memperdaya seorang wanita berusia 52 tahun, untuk membuat tempahan dan bayaran lima peratus deposit untuk 20,000 kotak sarung tangan yang tidak wujud sehingga tertuduh dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM31,000 secara pindaan ke dalam sebuah akaun bank pada 25 Mei 2020, di sebuah akademik memandu di Bachok.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 1 Jun 2020 di lokasi sama didapati telah menipu dengan mempedaya mangsa membuat bayaran tambahan 50 peratus deposit tempahan untuk 20,000 kotak sarung tangan yang tidak wujud dan tertuduh dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM310,000 secara pindahan ke dalam sebuah akaun bank.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh pada 9 Jun 2020 di lokasi sama didapati telah menipu dengan mempedaya mangsa membuat bayaran baki harga tempahan untuk 20,000 kotak sarung tangan yang tidak wujud dan tertuduh dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM279,000 secara pindahan ke dalam sebuah akaun bank.
Manakala bagi pertuduhan keempat, pada 7 Julai 2020 di lokasi sama juga, tertuduh didakwa menipu dengan mempedaya mangsa dengan dokumen palsu untuk membuat tempahan sarung tangan getah yang tidak wujud dan tertuduh dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM45,000 secara pindahan ke dalam sebuah akaun bank.
Bagi keempat-empat pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli dan Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.
Terdahulu, Abu Arsalna mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000.
Mahkamah kemudiannya memberi jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM15,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 November ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 11 2023

Seorang pengarah syarikat berpangkat Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Rabu atas empat pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM665,000. - Foto Sinar Harian

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Pengarah syarikat berpangkat Datuk tipu wanita RM665,000
Seorang pengarah syarikat berpangkat Datuk didakwa atas empat pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM665,000.