ALOR SETAR: Seorang pengarah syarikat pembekal tenaga kerja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas enam pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 melibatkan nilai keseluruhan RM231,340.
Mohd Yuzri Azhan Md Yusoff, 38, selaku pemilik syarikat Azhken Smart Global membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.
Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh sebagai didakwa telah memberikan suatu dokumen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja kepada pegawai perkhidmatan pekerjaan Perkeso Kedah, melalui seorang wanita.
Tindakan itu didakwa dilakukan dengan niat hendak memperdayakan prinsipal pegawai tersebut iaitu Perkeso, sedangkan tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen dikemukakan itu mengandungi butir matan palsu.
Keenam-enam pertuduhan itu menyebut, senarai 13 pekerja yang dinyatakan dalam Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja dikemukakan tersebut, bukanlah pekerja Azhken Smart Global.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 Mei 2021, 25 Jun 2021, 4 Jun 2021, 5 Ogos 2021, 10 Ogos 2021 dan 21 Ogos 2021 di Pejabat Perkeso, Jalan Teluk Wan Jah, Kota Setar.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu, jika butir matan palsu itu dapat dinilai atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Semua pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Salizawaty Abd. Samad manakal tertuduh diwakili peguam, Nur Aida Md. Zainuddin.
Sementara itu bagi enam pertuduhan pilihan dihadapinya, tertuduh melalui wanita sama, didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikatnya, bagi menuntut insentif sama.
Menerusi keenam-enam pertuduhan pilihan itu, tertuduh didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.
Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pada tarikh dan lokasi sama, melibatkan jumlah tuntutan sama.
Pihak pendakwaan pada awalnya mencadangkan agar tertuduh dibenarkan diikat jamin pada kadar RM60,000 untuk semua pertuduhan dihadapi namun peguam bela tertuduh yang bangkit selepas itu, menyifatkan jumlah itu terlalu tinggi dan memohon agar mahkamah menetapkan kadar lebih rendah memandangkan akaun tertuduh turut dibekukan SPRM.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 untuk semua pertuduhan dihadapi, dengan dia turut diarah untuk melapor diri di Pejabat SPRM Perlis sebulan sekali
Hakim kemudiannya menetapkan 19 November depan sebagai tarikh serahan dokumen.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 16 2023
Tertuduh, Mohd Yuzri Azhan Md Yusoff dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar pagi ini. - Foto Astro AWANI
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.
Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu
Kedua-dua suspek berusia 42 dan 31 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'
Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas lima pertuduhan mengemukakan butir matan palsu bagi tuntutan jam bekerja.
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta
SPRM memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu kepada SESB
Suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.