KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan penyata bank palsu atas nama syarikat miliknya, empat tahun lepas.
Ahmad Faiz Fikrey Izani, 35, didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu satu set penyata bank Maybank Islamic bagi bulan Oktober, November dan Disember 2018 atas nama syarikat milik tertuduh iaitu Ahmad Faiz Fikrey Izani.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 12.01 tengah hari, 20 Feb 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan.
Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga serta dua anak yang masih kecil.
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 29 Nov ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Ahmad Faiz Fikrey (dua, kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi penghadapi pertuduhan kes menggunakan penyata bank palsu, empat tahun lalu. -Foto Sinar Harian
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.
Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman, lapor Xinhua.
Ekonomi negara membanggakan, harap Kerajaan terus pertingkatkan - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengharapkan agar prestasi ekonomi negara pada masa kini pada tahap membanggakan, khususnya domestik dan pelaburan negara, dapat terus dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Sambil mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan, Baginda bertitah, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
Sambil mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan, Baginda bertitah, nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Perbicaraan hari pertama kes mengabai kanak-kanak autism, membabitkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bermula Isnin.
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.
Malaysia perlu kekal fleksibel hadapi ketidaktentuan perdagangan global
Ketidaktentuan perdagangan akibat dasar Amerika Syarikat (AS) memerlukan Malaysia untuk kekal fleksibel dan meneroka hala tuju baharu seperti BRICS. Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid menekankan kepentingan globalisasi serta keperluan memastikan perdagangan antarabangsa kekal adil, telus, dan cekap.
Bahas kepentingan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah
Bahas kepentingan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah
TAGS: ang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengutamakan perbahasan demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal, dan medan semak dan imbang atau “check and balance” ke atas pentadbiran negara.
TAGS: ang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengutamakan perbahasan demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal, dan medan semak dan imbang atau “check and balance” ke atas pentadbiran negara.
Keperitan rakyat AS adalah berbaloi - Trump
Pengumuman itu dibuat pada minggu kedua pentadbiran penggal kedua Trump, ketika beliau berdepan krisis nahas penerbangan AS terburuk dalam tempoh beberapa tahun walaupun pentadbirannya bertindak merombak kerajaan secara ketara termasuk langkah yang dikritik pihak pembangkang sebagai tidak sah.
Pengarah syarikat didakwa guna penyata bank palsu
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 12.01 tengah hari, 20 Feb 2019.