KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
Hakim Suzana Hussin menolak permohonan Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd selepas meneliti dan mendengar hujahan pendakwaan dan pembelaan.
Pada 31 Mei lepas, Abdul Hamid Shaikh memfailkan permohonan itu atas alasan pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah cacat selain tidak berasas, kerana tidak menyatakan butiran penting dalam pertuduhan iaitu tarikh spesifik bagi kesalahan.
Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya berhasrat untuk memohon mendapatkan pelepasan sementara pasportnya, bagi menghantar anak beliau melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) dan urusan perniagaan di Amerika Syarikat.
"Beliau perlu berada di UK pada 12 Sept ini dan urusan kerja di Amerika Syarikat pada 1 Okt. Sekiranya permohonan untuk mendapatkan pasport beliau dibenarkan, saya mohon kehadiran anak guam saya dikecualikan pada tarikh sebutan seterusnya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat berkata pihak pembelaan perlu memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongan untuk menyokong permohonan pelepasan sementara pasport.
"Kami perlu teliti tarikh dan alasan permohonan sebelum membuat keputusan untuk membantah atau tidak kerana tempoh ke luar negara agak panjang," katanya.
Mahkamah mengarahkan tertuduh memfailkan permohonan berhubung pasport dan menetapkan 12 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Pada 5 April lepas, Abdul Hamid Shaikh didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Pada 31 Mei lepas, Abdul Hamid Shaikh memfailkan permohonan itu atas alasan pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta SPRM 2009 adalah cacat selain tidak berasas. - Gambar fail/BERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan.

Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa pecah amanah RM195,401
Lee mengeluarkan wang syarikat itu RM195,401 di premis berkenaan di Taman Perindustrian Kip, Sentul di sini antara 24 Feb dan 25 Ogos 2022.

Pengarah syarikat pemborong alat tulis rugi RM98,550 ditipu 'pejabat pendidikan'
Seorang pengarah syarikat pemborong alat tulis kerugian RM98,550 apabila diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil 'pejabat pendidikan'.

LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 November lepas.

Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.

Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menubuhkan perniagaan tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat bagi manfaat sendiri.

635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia akibat tunggakan caruman KWSP
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung
Seorang pengarah syarikat perkhidmatan perunding kewangan dan pelaburan mengaku tidak bersalah memindahkan wang syarikat lebih RM3 juta ke dalam akaun bank miliknya tanpa kelulusan mesyuarat agung.