KUALA LUMPUR: Seorang pengarah sebuah syarikat berputih mata apabila menanggung kerugian RM7.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto sejak Julai lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa berusia 52 tahun itu ditipu selepas menyertai kelas berkaitan pasaran stok secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.
Beliau berkata mangsa telah dinasihatkan untuk menceburi pelaburan mata wang kripto menggunakan platform 'Yoamex' dan membuka akaun pada Julai lepas dengan jumlah keseluruhan pelaburan RM7.1 juta.
Melalui laman sesawang pelaburan itu, katanya pengarah syarikat itu dapat melihat akaunnya menjana keuntungan hingga 13.7 juta USD (RM65.58 juta).
"Mangsa memaklumkan dia tidak dapat membuat pengeluaran pelaburan itu kerana didakwa terdapat siasatan sedang dijalankan di bawah pengubahan wang haram," katanya pada sidang media khas JSJK hari ini,.
Menurutnya mangsa juga diminta membuat bayaran tambahan sebanyak lima peratus daripada jumlah keuntungan pelaburan iaitu US$683 juta (RM3.2 juta).
Sementara itu, Ramli berkata polis turut menerima laporan melibatkan pelaburan mata wang kripto dengan nilai kerugian RM2.75 juta membabitkan seorang pesara tentera berusia 75 tahun.
Beliau berkata mangsa tertarik dengan iklan pelaburan mata wang kripto di Facebook pada Mei lepas sebelum dihubungi seorang individu selepas menekan pautan iklan berkenaan.
"Individu yang memperkenalkan diri sebagai penasihat pelaburan itu, kemudian menawarkan pakej pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dalam masa beberapa hari," katanya.
Menurutnya mangsa hanya dapat melihat keuntungan diraih secara dalam talian menerusi laman sesawang, tetapi tidak dapat membuat sebarang pengeluaran wang.
Dalam satu lagi kes, Ramli berkata seorang ahli perniagaan berusia 19 tahun kerugian RM1.43 juta apabila menyertai pelaburan yang diiklankan menerusi Instagram pada 17 Okt lepas.
"Mangsa tertarik dengan pakej pelaburan itu yang bernilai antara RM2,800 hingga RM6,738 setiap slot dengan keuntungan ditawarkan hingga RM70,000 dalam tempoh tiga bulan.
"Dia telah membeli sebanyak 54 slot pelaburan tetapi tidak menerima keuntungan dijanjikan," katanya.
Menurutnya ahli perniagaan itu juga diminta membuat bayaran RM431,000 kepada sindiket terlibat bagi mengupah pengawal keselamatan untuk mengiringi penghantaran wang tunai sebanyak RM60 juta.
"Selepas bayaran dibuat, wang tunai dijanjikan tidak diterima oleh mangsa," katanya sambil memaklumkan setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung ketiga-tiga kes berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa berusia 52 tahun itu ditipu selepas menyertai kelas berkaitan pasaran stok secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.

Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, pada 26 Jun lepas.

PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan
Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat too good to be true.

SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.

Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas
Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan kripto
Pengurus di sebuah syarikat petroleum mengalami kerugian RM3.9 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.