JOHOR BAHRU: Syarikat pengendali pakej umrah Emraz Travel and Tours Sdn Bhd bersama seorang pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan gagal membayar balik perintah tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan bakal jemaah.
Pengarahnya Datuk Zulkarnain Endut, 43, yang juga mewakili syarikat berkenaan didakwa gagal mematuhi Award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang memerintahkan syarikat itu membayar balik tuntutan wang antara RM4,900 hingga RM40,470 kepada kelapan-lapan mangsa.
Zulkarnain dan syarikat itu selaku orang kena saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat TTPM, Aras 17, Menara Ansar, Jalan Trus di sini antara 24 Julai 2023 sehingga 10 Jan lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan Zulkarnain diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya sekali setiap sebulan.
Mahkamah menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan bacaan pertuduhan terhadap seorang lagi OKS iaitu pengarah syarikat berkenaan Datin Mazuin Mustafa, 43, yakni isteri Zulkarnain yang tidak dapat hadir ke mahkamah kerana cuti sakit.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN Mohd Sophian Zakaria, Suhana Mohd dan Shafiq Mahadi manakala Zulkarnain dan syarikatnya itu diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.
Untuk rekod sebelum ini OKS telah dituduh atas kesalahan sama di Mahkamah Majistret Putrajaya melibatkan 63 pertuduhan berjumlah RM589,031 pada 15 Jan lepas.
Kemudian atas kesalahan sama juga, OKS dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu melibatkan 51 pertuduhan berjumlah RM503,221 pada 13 Feb lepas, sebelum dituduh di Mahkamah Majistret Seremban juga 51 pertuduhan berjumlah RM473,730 pada 26 Feb lepas.
Pada 8 Mac lepas, dilaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen Emraz Travel and Tours berkuat kuasa 11 Mac tahun ini selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Menurut MOTAC ini kerana syarikat itu didapati telah melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

Zulkarnain didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan gagal untuk mematuhi award TTPM membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa. - Foto Sinar Harian

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.