ALOR SETAR:Seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen dengan butiran palsu melibatkan tender sebuah kementerian bernilai lebih RM22 juta, dua tahun lalu.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sebuah restoran di Kajang, Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari semalam sebelum dibawa ke pejabat SPRM negeri Kedah untuk tindakan lanjut.
Suspek kemudian dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Jamaluddin Alias membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Menurut sumber, suspek memegang jawatan Pengarah Urusan sebuah syarikat didakwa telah mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu dengan tujuan untuk memasuki tender sebuah kementerian pada Julai 2018.
Tender tersebut adalah untuk kerja-kerja pembersihan di sebuah jabatan kerajaan di negeri ini yang bernilai lebih RM22 juta.
Suspek juga didakwa mengarahkan serta memaksa dua kakitangannya untuk membuat penyata bank dan cop palsu bagi tujuan sama.
Dia dikatakan telah dianugerahkan projek tersebut oleh kementerian berkenaan pada 2018.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 30 2020

Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar pada Rabu untuk mendapatkan perintah tahanan reman. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

SPRM tahan pengarah urusan terlibat tuntutan palsu RM7 juta
Permohonan reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu telah dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Gaya bersahaja Pengarah Urusan Mydin cari telur bikin netizen terhibur
Pengarah Urusan Mydin bersahaja seakan sedang mencari telur dengan berlatar belakang rak telur yang kelihatan kosong.

Amirul Feisal dilantik Pengarah Urusan baharu Khazanah
Amirul bakal menggantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontrak beliau tamat kelak bagi menumpukan perhatian kepada usaha peribadi.

Pharmaniaga lantik Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan
Zulkarnain memulakan kerjaya pada 1991 sebagai jurutera elektrik dengan TNB sebelum menyertai EPE Power Corporation Bhd sebagai pengurus projek.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia
Anak Allahyarham, Anita Azrina mengesahkan, Abdul Aziz meninggal dunia akibat komplikasi kanser esofagus.

Christine Lagarde sah tinggalkan IMF!
Katanya, hasrat untuk berundur itu sudah pun dimaklumkan kepada Lembaga IMF.

INFOGRAFIK: Shahril Ridza, Pengarah Urusan Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad hari iini mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan baharu dana kekayaan kedaulatan itu.
SME Bank agih RM2.25 bilion
SME Bank Malaysia Bhd, yang menerima peruntukan sebanyak RM2.25 bilion daripada kerajaan dalam Belanjawan 2013, akan mengagihkan wang tersebut kepada empat bahagian.