AYER KEROH: Seorang pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajar lelakinya sejak tahun lalu.
Tertuduh Firdaous Abdul Rashif, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail.
Berdasarkan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya masing-masing berusia 13 tahun 9 bulan, 14 dan 15 tahun.
Sabit kesalahan tertuduh yang mempunyai dua isteri boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.
Tertuduh turut didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap dua mangsa sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam bilik di rumah guru pusat tahfiz terbabit yang terletak di Tanjung Minyak, Melaka pada 20 Julai 2022 serta pertengahan Mac 2023.
Terdahulu, prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal.
Tertuduh yang diwakili peguam Fahmy Sulaiman merayu mahkamah memberikan jaminan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh menanggung dua isteri serta enam anak berusia antara satu tahun setengah sehingga 13 tahun.
Hakim Darmafikri pada penghakimannya kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi dua pertuduhan dihadapinya, bagaimanapun Mohd Sabri tidak membenarkan jaminan.
Mahkamah kemudian turut menetapkan 19 Jun ini ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, seorang pengasas tahfiz terkenal di Melaka ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian serangan seksual terhadap enam pelajar lelakinya.
Kejadian terkutuk itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada enam mangsa berkenaan di Balai Polis Batang Tiga.
Pengasas yang juga mudir pusat tahfiz berkenaan juga dikatakan pernah mempunyai rekod lampau atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal dan liwat pada tahun 2019.
Shuhada Abdul Kadir
Wed May 17 2023
Pengasas yang juga mudir pusat tahfiz berkenaan juga dikatakan pernah mempunyai rekod lampau atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal dan liwat pada tahun 2019. - Foto Astro AWANI
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Pengasas pusat tahfiz didakwa lagi, lakukan amang seksual, persetubuhan luar tabii
Pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini atas tiga pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelajar lelaki, sejak dua bulan lalu.
Pengasas pusat tahfiz dua isteri didakwa lakukan amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki
Seorang pengasas sebuah pusat tahfiz warga Singapura didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajar lelakinya.