JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh sebuah taska swasta mengaku bersalah atas dua pertuduhan bertindak cuai sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua orang bayi, Mac lalu.
Pengakuan itu dibuat, Nurul Shahira A'Shiqin Sulaiman, 28, di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Ogos nanti untuk semakan fakta dan hukuman.
Berdasarkan dua pertuduhan itu, wanita yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, kira-kira jam 1 tengah hari, Mac lalu.
Bagi dua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi kes.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun May 21 2023
Pengakuan bersalah itu dibuat, Nurul Shahira A'Shiqin Sulaiman di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. - Foto Astro AWANI
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
[TERKINI] PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna teknologi AI
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.
Kematian Al Fateh: Pengasuh menangis teresak-esak di kandang tertuduh
Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 13 Nov bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.
Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung
Mahkamah menangguhkan prosiding jatuh hukum terhadap seorang pengasuh taska, yang didakwa mendedahkan seorang bayi yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan.
KPWKM teliti keperluan ujian psikometrik tahunan kepada pengasuh taska
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneliti keperluan menjalankan ujian penilaian psikometrik secara tahunan kepada pengusaha dan pengasuh taska berdaftar.
Pengasuh mengaku dedah anak asuhan kepada kemungkinan sebabkan kecederaan
Seorang pengasuh taska mengaku bersalah atas pertuduhan mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Pengasuh taska mengaku bersalah cuai, sebabkan kecederaan dua bayi
Seorang pengasuh taska mengaku bersalah atas dua pertuduhan bertindak cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap dua orang bayi.
Pengasuh taska mengaku tidak bersalah dera bayi hingga koma
Tertuduh didakwa menganiayai mangsa yang berusia empat bulan sehingga menyebabkannya mengalami pendarahan di dalam kepala.