SEREMBAN: Seorang pengasuh wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas pertuduhan menganiaya bayi perempuan pada minggu lalu.
Tertuduh, Norsham Ismail, 66, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, dia sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan telah menganiayai atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dengan cara menampar muka mangsa.
Perbuatan itu dilakukan jam 7.47 hingga jam 7.59 pagi, 5 Februari lalu di sebuah taska di Desa Cempaka, Nilai.
Sehubungan itu, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz manakala tertuduh yang sudah bekerja lebih 10 tahun di pusat asuhan itu diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), A Partheeban.
Sebelum itu, Partheeban dalam rayuan memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan terhadap tertuduh yang kematian suami dan tidak mempunyai anak.
Katanya, ia susulan penjaminnya merupakan adik lelakinya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang hanya bergaji RM1,800 sebulan selain perlu menanggung keluarganya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan 13 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 13 2024

Norsham (tengah) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. - Foto Bernama
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Pengasuh tidak mengaku tampar muka bayi 11 bulan
Seorang pengasuh wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas pertuduhan menganiaya bayi perempuan pada minggu lalu.