AMPANG: Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta milik jirannya di rumah kedai di Pandan Indah pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 51 tahun mendakwa cermin bahagian belakang kereta Honda Civic miliknya telah retak dan berlubang.
'Pengadu mengesyaki insiden itu adalah perbuatan khianat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Azam berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun pada jam 12 tengah hari di Pandan Indah, pada Selasa.
"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala ujian air kencing negatif dadah," katanya.
Menurutnya, punca kejadian adalah suspek selalu menuduh pengadu membuat bising di tingkat atas rumahnya sehingga menyebabkan suspek berasa tidak selesa.
"Suspek telah direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023

Polis menahan suspek yang berusia 32 tahun pada jam 12 tengah hari di Pandan Indah, pada Selasa. - Gambar hiasan

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Juruelektrik didakwa tumbuk cermin kereta, cederakan lelaki
Mohd Hafiz Abidin, 38, didakwa melakukan khianat dengan menumbuk cermin hadapan kereta jenis Honda BRV dimiliki seorang lelaki berumur 54 tahun.

Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama
Suspek telah pun ditangkap di Taman Perling pada 5 Feb lepas dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Segamat.

Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.

Pengawal ditahan, rosakkan cermin kereta jiran sebab bising
Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta milik jirannya di rumah kedai di Pandan Indah pada Sabtu lalu.

Lelaki ditahan tendang pintu surau hingga rosak
Suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat.

Polis kesan Logeswaran bantu siasatan kebakaran gudang pakaian
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes khianat melibatkan dua kebakaran di sebuah gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, yang membabitkan kerugian melebihi RM1 juta.

Dua lelaki ditahan bantu siasat kes dua jengkaut terbakar
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes video tular dua jengkaut terbakar di tapak projek pemasangan paip gas di tepi Jalan Sri Cheeding di sini, pada Selasa.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes perbuatan khianat di Ipoh
Suspek direman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.