GEORGE TOWN:Seorang pengawal peribadi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi George Town selepas didapati bersalah membunuh majikannya dan dua lagi individu dalam insiden tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Ja'afar Halid, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Jaafar disabit membunuh majikannya, yang juga ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lain, Choi Hoi Ming, 32 dan Senthil Murugiah, 38, dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di susur masuk ke Jambatan di lebuh raya berkenaan antara jam 7.15 malam dan 7.30 malam 1 Disember 2016.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap lima pertuduhan (setiap pertuduhan 15 tahun penjara) atas cubaan membunuh dengan menembak lima individu lain.
Individu tersebut ialah Lee Hong Boon, 59, Nurul Huda Ab Aziz, 42, Puah Bee Joo, 36, K. Arivarni, 37, dan jurukamera RTM, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 32.
Hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 1 Disember 2016.
Dalam keputusannya, Abdul Wahab berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan perbuatan tertuduh ketika kejadian boleh dikategorikan sebagai kelakuan individu tidak waras atau tidak mempunyai akal sempurna.
Katanya, tertuduh juga menyedari kelakuan agresifnya ketika itu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan oleh polis termasuk tidak cuba melarikan diri dan tidak meletakkan senjata ketika diarahkan.
Malah, tambahnya, tembakan yang dilepaskan tertuduh juga terkena pada bahagian penting mangsa seperti kepala dan dada, bukannya dilepaskan secara rawak.
Ujar beliau, perbuatan itu bukan tindakan seseorang yang tidak waras sebaliknya jelas menunjukkan tertuduh mempunyai niat mencederakan mangsa.
Dalam pada itu, Jaafar turut berdepan atas lima tuduhan cubaan membunuh dengan menembak lima individu lagi di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Seramai 37 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan sepanjang prosiding kes itu berlangsung.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan tertuduh diwakili peguam Y. Anbanathan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Dec 16 2020

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap lima pertuduhan (setiap pertuduhan 15 tahun penjara) atas cubaan membunuh dengan menembak lima individu lain. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengawal peribadi dihukum mati, bersalah bunuh majikan berpangkat Datuk
Jaafar disabitkan membunuh majikannya, Datuk Ong Teik Kwong dan dua individu lain dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api.