Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah pikap di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA, Sepang, pada Jumaat malam.
Dalam kejadian pukul 8.45 malam itu, pengawal peribadi terbabit yang hanya dikenali sebagai Hazrat memandu kereta jenis Mercedes Benz sebelum kenderaannya dihalang dua lelaki yang kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan.
Bagaimanapun, ketika serangan itu, majikan Hazrat menaiki kereta lain yang mengekori keretanya.
Dalam insiden yang berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ke terminal KLIA2 itu, suspek melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.
Akibat serangan itu, Hazrat cedera parah pada belakang bahu kanan akibat tiga das tembakan.
Dia dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.
Siasatan awal polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek.
Dalam perkembangan terbaru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata Hazrat dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan pada pagi Sabtu.
Pembedahan tersebut adalah bagi mengeluarkan peluru di belakang bahu kanannya.
Motif kejadian itu masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih dilakukan.
Astro Awani
Sat Mar 26 2016

Mangsa cedera parah pada belakang bahu kanan akibat tiga das tembakan. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pukul pengawal peribadi berpuasa: Ahli perniagaan didakwa lagi
Chung Chee Yang, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa didakwa Khamis
Majikan yang juga suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa minggu lepas akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok (Khamis).

Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa
Tiada layanan istimewa terhadap suspek kes pukul dua pengawal peribadi tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Pukul pengawal peribadi: Kertas siasatan dirujuk pejabat Peguam Negara Isnin ini
Tempoh reman suspek utama tamat hari ini, maka akan serahkan kepada IPD Klang Selatan.

Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Polis mengesan kegiatan jenayah lelaki itu dalam serbuan dan tangkapan susulan laporan berkaitan kes pukul yang diterima membabitkan pengawal peribadi terbabit.

Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman
Tiga daripadanya merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit manakala seorang lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.

4 ditahan polis kes pukul, ugut bunuh 'bodyguard' kerana puasa
Polis Klang Selatan menahan empat individu, yang disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir, kerana berpuasa.

Terlalu minat, John Cena tawar diri jadi 'bodyguard' BTS
Minat selebriti WWE terkemuka, John Cena terhadap kumpulan K-Pop popular BTS bukan lagi rahsia.

'Jangan semberono upah pengawal peribadi bersenjata'
Selain keberanian, pengawal peribadi perlu memiliki pengetahuan undang-undang dan latihan menggunakan senjata api serta mengetahui hak sebelum melepaskan tembakan.

Pengawal peribadi ditembak di KLIA
Dalam insiden itu, suspek melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.