SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Johan Kamal Hamidon berkata, ia termasuk mengupah beberapa pengawal peribadi untuk mengawal pemain ketika hari perlawanan di laman sendiri mahupun ketika bertandang ke tempat lawan.
Beliau berkata, untuk aksi pertama skuad merah kuning itu menentang Kedah Darul Aman FC (KDA) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Sabtu juga melibatkan pertambahan anggota polis selain turut melibatkan marshal.
“Pertambahan anggota Polis kepada 150 orang dan 100 marshal mengawal keselamatan perlawanan malam ini (semalam).
“Kawalan kepada pemain juga lebih ketat dan mereka tidak boleh balik sendiri iaitu kena naik bas.
“Kita juga ada mengupah pengawal peribadi yang akan menjaga individu tertentu dalam pasukan. Perkara sama juga dilakukan terhadap keluarga Faisal,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium MBPJ pada Sabtu.
Perlawanan menentang KDA FC itu adalah aksi liga pertama yang dilalui Selangor selepas tonggak sayap utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 19 2024
Johan Kamal Hamidon berkata, pihaknya mengupah beberapa pengawal peribadi untuk mengawal pemain ketika hari perlawanan di laman sendiri mahupun ketika bertandang ke tempat lawan. - Gambar/ Sinar Harian
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
AFC denda Selangor tiga kesalahan
Selangor didenda AS$24,500 oleh AFC atas tiga kesalahan ketika bertemu kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai FC dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2.
Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.
"Dia perlu kuat," kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim
Katsuhito Kinoshi menasihati Faisal harus menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya bagi mendapatkan momentum terbaiknya kembali di atas padang.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.
Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.
Liga Super: JDT kerja keras tewaskan Sri Pahang 3-1 di laman sendiri
JDT menamatkan perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson pada minit kecederaan, untuk menjadikan keputusan 3-1.
Selangor tersingkir daripada saingan ACL 2
Selangor menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan mengutip 10 mata di belakang wakil Thailand Muangthong United.
UltraSel harap dapat mengadap RMS
UltraSel berharap agar dapat mengadap Pengerusi Selangor FC yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang mengenai masalah kelab itu.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Kinoshi mahu gergasi merah tajamkan gerakan penyudah
Jurulatih dari Jepun itu meminta agar corak serangan agresif yang diterapkan kepada pemain Gergasi Merah.