KULAI:Pengecualian terhadap pembekuan pengambilan pekerja asing bagi sektor perladangan dan komoditi hanya akan dibuat selepas kerajaan berjaya mengawal situasi semasa pandemik COVID-19 di kedua-dua sektor itu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini berikutan pada masa ini kerajaan masih berusaha untuk memastikan pengusaha ladang menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerjanya bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Menurutnya kerajaan sedang menggerakkan kempen agar pemain dalam sektor perladangan seperti pengusaha ladang sawit, getah dan perkayuan, melaksanakan SOP yang ketat bagi memastikan tiada penularan berlaku dalam sektor berkenaan.
"Kalau ia berjaya dilaksanakan, mungkin kerajaan boleh pertimbang untuk laksanakan pengecualian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tapak projek rintis ladang lada di Felda Inas Utara, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas permohonan beberapa pengusaha industri terutama di sektor perladangan yang mahukan pengecualian daripada pembekuan tenaga kerja asing.
Mohd Khairuddin berkata pembekuan pengambilan itu dilakukan sebagai menjaga kesejahteraan rakyat ketika berhadapan pandemik COVID-19.
Beliau berkata bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan sektor berkenaan, kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif termasuk menyediakan dana berjumlah RM36 juta untuk diberi kepada syarikat dalam sektor getah yang berjaya menggantikan tenaga kerja asing dengan warga tempatan.
"Menerusi inisiatif ini, kerajaan memperuntukkan RM600 sebulan bagi seorang pekerja selama tempoh enam bulan. Selain itu, program 'rekalibrasi' (pemutihan) yang bertujuan mengambil pendatang tanpa izin bagi mengisi kekosongan yang diperlukan dalam sektor tertentu juga sedang dalam peringkat rundingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

Beberapa pengusaha industri terutama di sektor perladangan mahukan pengecualian daripada pembekuan tenaga kerja asing. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tiada keperluan panjangkan tempoh akhir RTK 2.0 - Saifuddin
Tiada keperluan untuk melanjutkan tempoh proses pengambilan pekerja asing oleh majikan yang mendaftar Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri
Sesi temu duga pengambilan pekerja asing oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh diadakan di Jabatan Tenaga Kerja di setiap negeri dan bukan hanya di Putrajaya.

KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya
Pengambilan pekerja asing secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya memudahkan lagi proses berkenaan.

Teruskan sistem kuota buruh asing untuk pemulihan ekonomi pantas - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata, sistem kuota khas pengambilan pekerja asing perlu diteruskan bagi membolehkan sektor swasta mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia.

Kerajaan pertimbang jadikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pengambilan pekerja asing
Buat masa ini perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah vaksin COVID-19 yang ada dalam negara adalah terhad.

Pengecualian untuk ambil pekerja asing hanya selepas pandemik dikawal - KPPK
Kerajaan masih berusaha untuk memastikan pengusaha ladang menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerjanya.

Pengambilan pekerja asing perlu penuhi syarat ditetapkan - Mahfuz
Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan dalam pengambilan pekerja asing.

Pengambilan pekerja asing dilonggarkan untuk tambah penghasilan topeng muka
Kerajaan benarkan pengambilan lebih ramai pekerja asing untuk penghasilan lebih banyak topeng muka dan hidung bagi mengekang wabak koronavirus (COVID-19).

Larangan, beku pengambilan pekerja asing: Persatuan dobi rayu kerajaan teliti semula dasar
Antara kesan daripada dasar itu akan menyebabkan perniagaan perkhidmatan dobi yang berskala kecil dan besar berisiko untuk ditutup.