JOHOR BAHRU: Agensi terlibat secara langsung dalam mengawal selia pergerakan keluar masuk orang ramai di 16 pintu masuk antarabangsa di Johor, perlu memastikan proses terlibat berjalan dengan lebih lancar dan mampu menampung peningkatan jumlah kemasukan pelancong ke negeri itu.
Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata, ia susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis.
Beliau berkata, inisiatif tersebut, mampu membantu sasaran kerajaan negeri untuk menarik kehadiran seramai 15 juta pelancong ke Johor sehingga penghujung tahun ini.
"Inisiatif ini bagus, namun secara logiknya fasiliti perkhidmatan pelancongan perlu ditambah baik, termasuk perkhidmatan imigresen dan kastam di 16 pintu masuk di Johor, selain menambah penerbangan terus bagi laluan destinasi antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
"Dengan adanya kelancaran perkhidmatan ini, pastinya ia bakal memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi Johor serta negara," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Menurut Suhairi, Johor merekodkan seramai 11 juta pelancong sejak Januari tahun ini hingga bulan lepas, dengan Indonesia mencatatkan kemasukan paling ramai diikuti Singapura, Filipina, China dan negara-negara lain.
Beliau berkata, setakat ini LTAS hanya menerima penerbangan terus dari Surabaya, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh dan Guangzhou, selain menghubungkan bandar-bandar domestik dalam negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Nov, membuat pengumuman berhubung pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Johor, Kathryn Lee berkata, inisiatif pengecualian visa 30 hari itu, bakal menarik lebih ramai pelancong ke pelbagai acara pelancongan di negeri ini.
"Destinasi utama bagi pelancong China di negeri ini ialah berkunjung ke pusat beli-belah Johor Premium Outlets (JPO), manakala percutian yang diminati pelancong dari India pula ialah Legoland Malaysia Resort, iaitu taman tema paling ikonik di Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Agensi terlibat dalam mengawal selia pergerakan keluar masuk orang ramai di 16 pintu masuk antarabangsa di Johor, perlu memastikan proses terlibat berjalan dengan lebih lancar dan mampu menampung peningkatan jumlah kemasukan pelancong ke negeri itu.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.

Thailand tidak berhasrat mansuhkan skim pengecualian visa
Thailand tidak akan memansuhkan skim pengecualian visa dan visa semasa ketibaan yang sedia ada susulan cadangan pelaksanaan sistem Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA).

Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari
Malaysia berharap China menimbal balik kemudahan pengecualian visa buat rakyat negara ini selama 30 hari seperti yang diberikan Malaysia.

Rakyat Malaysia diberi pengecualian visa 30 hari ke India mulai 1 Julai ini
Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu, bermula 1 Julai ini hingga 30 Jun tahun depan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa
China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.

China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

MAHB catat jumlah pergerakan penumpang lebih 11 juta pada Februari 2024
Antara faktor penyumbang adalah cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan.

Pengecualian visa: Pergerakan penumpang di lapangan terbang Malaysia catat pertumbuhan
Pergerakan penumpang di lapangan terbang di seluruh negara mencatatkan pertumbuhan dua digit dalam tempoh dua bulan ini.

AirAsia umum promosi tambang istimewa 7 destinasi India Selatan
AirAsia mengumumkan promosi tambang istimewa RM189 sehala bagi tujuh destinasi India Selatan bermula sekarang hingga 24 Dis, 2024.