KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang di lapangan terbang di seluruh negara mencatatkan pertumbuhan dua digit dalam tempoh dua bulan ini, selepas kerajaan memperkenalkan pengecualian visa selama 30 hari untuk pelawat dari China dan India mulai 1 Dis tahun lepas.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam hantaran melalui Facebook hari ini berkata perkara itu merupakan perkembangan yang baik untuk memacu sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi, selain membantu mengukuhkan nilai mata wang negara.
"Kalau sektor pelancongan kita dapat dipertingkatkan, ia juga merupakan satu daripada usaha untuk memperkukuh nilai ringgit sebab bila pelancong ramai datang, permintaan terhadap ringgit akan bertambah.
"Jadi, kita akan terus menyokong usaha untuk menjayakan industri pelancongan, termasuk bekerjasama dengan semua pihak terutamanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya," katanya dalam video yang dimuat naik menerusi laman media sosial itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata pengecualian berkenaan merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pengecualian visa itu tertakluk kepada tapisan keselamatan.
Menurut Loke pada tahun lepas, jumlah pergerakan penumpang yang dicatatkan di lapangan terbang seluruh negara adalah sebanyak 81. 9 juta orang, tertinggi sejak pandemik COVID-19.
"Berbanding 121 destinasi pada 2022, Malaysia mempunyai 147 laluan penerbangan yang berhubung dengan seluruh dunia, dengan peningkatan sebanyak 25 peratus. Kita mengharapkan bahawa sektor penerbangan ini terus maju ke hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Loke berkata pada tahun lepas, jumlah pergerakan penumpang yang dicatatkan di lapangan terbang seluruh negara adalah sebanyak 81. 9 juta orang, tertinggi sejak pandemik COVID-19. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.

Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.

Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC
Mangsa cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan KLCC, Jalan Ampang, Jumaat lalu.

40 pelancong China nyaris rentung di Sabah
Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri termasuk pemandu bas dan dua pemandu pelancong sebaik menyedari berlaku kebakaran.

Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata oleh kerana China adalah pasaran pelancongan penting bagi Malaysia, beliau berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China.