OSAKA: Pengeluar produk halal di Malaysia, digesa merebut peluang bekerjasama dengan syarikat di Jepun bagi memasarkan produk mereka, berikutan permintaan yang tinggi terhadap bahan makanan itu di negara berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa ini, kesedaran terhadap produk halal semakin meningkat, apabila terdapat kira-kira 120,000 umat Islam di negara "Matahari Terbit' itu.
"Pada masa ini, Islam berkembang dengan pesat di Jepun. Saya dimaklumkan daripada statistik terbaharu, kira-kira 10,000 rakyat Jepun memeluk Islam setiap tahun...dan sudah tentu (misalnya) Dewan Perniagaan dan Perindustrian Osaka (OCCI), melihat potensi untuk mengimport bahan-bahan halal ini," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri sesi libat urus bersama OCCI dan Sesi Meja Bulat: 'Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti'.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata sektor berkenaan, juga dilihat berpotensi besar kerana Jepun sedang giat mempromosi industri pelancongan dalam kalangan komuniti Islam.
"...dan tentunya produk halal penting untuk sektor pelancongan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, untuk melihat kerjasama yang boleh dilaksanakan di Jepun berhubung pengeluaran sijil halal.
Ini berikutan, beliau yang dalam rangka lawatan tujuh hari ke Jepun, berkata pada masa ini terdapat enam organisasi yang mengeluarkan sijil halal di negara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Osaka (OCCI) di Ibu Pejabat OCCI hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.

Vietnam sasar perkukuh diplomasi dengan dunia Islam melalui pembangunan ekonomi makanan halal
Hanoi anjurkan persidangan halal negara pertama bertemakan "Fostering International Cooperation and Mobilising Internal Resources to Develop Vietnam's Halal Industry"

Rusia sedia bekal produk halal bermutu tinggi dari Tatarstan kepada Malaysia
Beberapa produk dari Tatarstan, sebuah republik persekutuan berautonomi dengan penduduk Islam telah memperoleh kelulusan daripada JAKIM baru-baru ini.

Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.

Pelbagai syor untuk perkasa industri halal, Bumiputera dibentang di KEB 2024 - Ahmad Zahid
Mewajibkan pembelian 70 peratus produk halal dan bumiputera bagi program rasmi kerajaan adalah antara cadangan yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.

Pengeluar Malaysia digesa rebut peluang pasar produk halal di Jepun - Ahmad Zahid
Ia berikutan permintaan yang tinggi terhadap bahan makanan itu di negara berkenaan.

Malaysia perlu tingkatkan pelaburan untuk promosi produk halal Malaysia - TPM
Kerajaan merasakan usaha bersama antara kementerian dan agensi berkaitan mesti dilakukan meningkatkan lagi usaha mempromosi produk Malaysia.

Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara
Produk dan logo halal Malaysia yang disijilkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memasuki pasaran Indonesia tanpa halangan.

Anda usahawan PMKS? Ini yang menanti anda tahun ini
Pelbagai inisiatif dan insentif dibuka untuk membantu perusahaan rakyat beralih kepada platform digital.

Kek vintaj 'Buttercream' bangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak
Kek span gebu yang dihiasi krim mentega dalam bentuk bunga atau watak kartun popular pada era itu merupakan kek pilihan orang ramai.