Jika rantaian nilai (value chain) boleh dikuasai pihak petani atau nelayan, mereka tidak perlu bergantung kepada pihak tengah yang sering memanipulasikan kuasa mereka dan juga harga pasaran.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan tidak bergantung kepada orang tengah pendapatan pihak pengeluar dapat ditingkatkan.
"Petani masih bergantung kepada orang tengah untuk peralatan. Untuk membawa produk mereka ke kilang, mereka kemudian bergantung kepada kenderaan orang tengah. Untuk sektor nelayan pula, mereka menggunakan bot yang dimiliki orang tengah.
"Jadi menerusi pinjaman Tekun, kita berikan peruntukan untuk mereka membayar balik hutang mereka supaya pengeluar tidak bergantung kepada orang tengah," kata Ismail Sabri dalam orum 'Keuntungan Orang Tengah: Sahih atau Sabotaj' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, selain menguntungkan para peladang, petani dan nelayan, para pengguna juga dapat menikmati barang-barang dengan harga yang lebih murah.
"Para pengeluar dapat meningkatan pendapatan sebanyak 10 hingga 20 peratus. Pengguna pula dapat jimat 10 hingga 20 peratus juga," kata Ismail Sabri.
Beliau turut berkata bahawa jihad untuk memerangi orang tengah dilancarkan pada tahun lepas dibuat setelah melihat bahawa pendapatan pengeluar tidak dapat ditingkatkan kerana orang tengah.
“Bukan semua orang tengah kita mahu hapuskan. Yang menjadi fokus jihad adalah orang tengah yang memanipulasikan golongan pengeluar. Contohnya, harga di ladang tidak pernah berubah dan bila sudah sampai kepada pengguna, ia telah meningkat. Yang untung adalah orang tengah,” kata Ismail Sabri.
Ismail Sabri turut mengakui bukan senang untuk melaksanakan program berkenaan kerana sesetengah pengeluar sudah biasa dengan perkhidmatan orang tengah.
“Bukan mudah untuk menukar sikap mereka kerana mereka sudah biasa dengan keadaan sedia ada. Pergantungan kepada orang tengah sudah menjadi budaya mereka.
“Kita ada tubuhkan persatuan yang boleh menjualkan produk mereka, atau kami ada menyediakan tempat untuk mereka menjual sendiri barang-barang mereka. Saya melihat ada peningkatan sebanyak 10 hingga 15 peratus dengan cara sebegini,” jelasnya.
Pada sesi soal jawab, Ismail Sabri turut berkata ada cadangan untuk meningkatkan jumlah pasar tani kepada 1000 menjelang 2020. Ini kerana pasar tani merupakan antara cara untuk pihak pengeluar untuk menjual sendiri produk-produk mereka tanpa pergantungan kepada orang tengah.
Selain itu, beliau turut berkata kementeriannya menerima peruntukan sebanyak RM34 juta untuk mewujudkan pasar tani kekal.
“Saya ada juga mengeluarkan arahan iaitu pada bulan Jun tahun ini, penjual yang masih mengambil barang daripada pemborong tidak dibenarkan untuk menjual di pasar tani. Mereka mesti tidak ada pergantungan kepada orang tengah.
“Kita mahu pengeluar untuk jual sendiri barang mereka di pasar tani,” katanya lagi. =
Syafique Shuib
Sat Feb 07 2015

ISMAIL SABRI: Pihak pengeluar dapat jana pendapatan dengan lebih jika tidak bergantung kepada orang tengah. - Gambar Astro AWANI/Syafique Shuib
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.

Penjawat awam bimbang kenaikan gaji diikuti kenaikan harga barang
Kebanyakannya beranggapan, akan berlaku kenaikan harga barangan lagi pada Disember kelak.

KPDN pantau aktiviti pencatutan elak kenaikan harga barang susulan pelarasan gaji
KPDN akan memantau aktiviti pencatutan dengan segera bagi mengelakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan pengumuman pelarasan gaji melalui pengenalan SSPA.

Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan
Kamala Harris akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang.

Usaha berterusan mengawal inflasi pasca penguatkuasaan subsidi - Fuziah
Kerajaan giat laksana pemantauan dan penguatkuasaan harga barangan bagi memastikan subsidi yang disasarkan dapat membantu mengawal inflasi.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720263071_NozelMinyak.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, langkah tidak popular untuk rakyat dan negara
Pengumuman kerajaan pada Mei lepas yang bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel mencipta pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di laman media sosial.

Penurunan kadar surcaj ICPT kepada syarikat besar dijangka dapat turunkan harga barangan
Penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna komersial dan industri dijangka dapat menurunkan harga barangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pantau harga diesel supaya harga barang tidak naik - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, maklumat struktur kos perniagaan tidak diketahui umum, justeru ia memerlukan pemantauan berkala pihak berkuasa.