KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 0.2 peratus kepada 30,273 tan pada Januari 2024 daripada 30,342 tan pada Disember 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bagi perbandingan tahun ke tahun, pengeluaran getah asli meningkat 2.8 peratus berbanding 29,451 tan pada Januari 2023, kata DOSM dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pengeluaran getah asli Malaysia pada Januari 2024 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 88.3 peratus berbanding sektor estet sebanyak 11.7 peratus.
Mengenai stok, beliau berkata ia meningkat 6.5 peratus kepada 203,772 tan pada Januari 2024 berbanding 191,304 tan pada Disember 2023.
Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 92.0 peratus diikuti kilang pengguna getah (7.9 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), katanya.
Mohd Uzir berkata eksport getah asli Malaysia berjumlah 43,111 tan pada Januari 2024, menurun5.4 peratus berbanding 45,591 tan pada Disember 2023.
"China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli, iaitu berjumlah 32.0 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Januari 2024, diikuti Emiriah Arab Bersatu (13.5 peratus), Jerman (13.0 peratus), Amerika Syarikat (7.3 peratus) dan India (6.3 peratus).
"Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom," katanya.
Menurut Mohd Uzir produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyakRM1.02 billion pada Januari 2024, meningkat 7.3 peratus berbanding RM0.95 billion pada Disember 2023.
DOSM berkata analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkanpeningkatan 8.9 peratus kepada 585.74 sen sekilogram pada Januari 2024, manakala sekerap meningkat sebanyak 7.4 peratus kepada 583.29 sen sekilogram.
"Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula meningkat antara 5.9 peratus hingga8.8 peratus," katanya.
Menurut Malaysia Rubber Board Digest pada Januari 2024, trend pasaran getah KualaLumpur bercampur-campur sepanjang bulan.
"Secara amnya, sentimen pasaran disokong oleh pasaran yang menggalakkan terutama bekalan getah yang terhad daripada negara pengeluar getah akibat daripada cuaca lembab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024

Mohd Uzir berkata eksport getah asli Malaysia berjumlah 43,111 tan pada Januari 2024, menurun5.4 peratus berbanding 45,591 tan pada Disember 2023. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

Kes pembuangan kerja catat peratus tertinggi diselesai di MPM dari 2019-2023 - DOSM
Sebanyak 86.94 peratus kes pembuangan kerja telah diselesaikan di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) bagi tempoh lima tahun sejak 2019.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September.

Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen
Purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram.